`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 15, 2015

Eh ingat Skandal Sharizat Lembu dan Kondo aje....Pasaraya Pun Ada Kat Singapura


Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dengan pegangan saham S$666,667 setiap orang.

Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.


Dana Rakyat Terdedah Kepada Risiko Kerugian Perniagaan Pasaraya Mewah Di Singapura

Selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.

Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti berikut:

1-Dato’ Seri Salleh Ismail S$666,667
2-Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667
3-Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667

(Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau.

Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untuk membiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan.

Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012.

Siasatan menunjukkan bahawa Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun 2012 apabila kompleks Star Vista siap.

Siasatan juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.

Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.