`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 9, 2015

DAP, PAS CERAI TALAK TIGA, KATA EXCO SELANGOR

Teng Chang Khim
(Rakyat News) – “Sudah cerai talak tiga,” itu ungkapan yang dikeluarkan oleh exco kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Khim yang menyifatkan PAS dan DAP sudah tiada hubungan termasuh di Selangor.
ADUN DAP itu berkata, jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.
“Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.
“Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.
“Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Teng berkata jika PAS tidak dapat menerima hakikat itu maka pemimpin parti Islam seharusnya meninggalkan barisan kepimpinan negeri.
Katanya, PAS akan membuat tindakan paling keji jika bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu sudah pun ditolak di Selangor.
“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun PAS yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan PAS dan Umno di Selangor.
“Gabungan PAS dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat  (PR).
Walaupun terdapat perwakilan yang mahu usul berkenaan dibahaskan di muktamar namun ia dibimbangi alan mencetuskan kontroversi dan salah faham dalam PR.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.