`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 12, 2015

[BERGAMBAR] Kumpulan Profesyenal Tolak Perlantikan


Pemimpin PAS tersingkir tolak pelantikan, tumpu pada akar umbi

Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama.

Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.

"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.

Menurut sumber, sikap Salahuddin menolak sebarang jawatan ini dikongsi semua pemimpin kumpulan profesional yang ditewaskan baru-baru ini.

Ia disuarakan secara bertulis oleh bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad dan Abang Ahmad Kerde Abang Masagus selain bekas AJK Muslimat Wan Aishah Wan Arifin.

Sikap ini diambil berdasarkan pendirian kumpulan ulama PAS, sebagaimana yang disuarakan ketuanya yang baharu Datuk Dr Mahfodz Mohamed, melalui wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas.

"Sekarang ni, saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.

"Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura saja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.

"Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama, maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar PAS.

"Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh," kata Mahfudz kepada akhbar milik Umno itu yang dikatakan sangat menghiris hati kumpulan profesional.

Ia menjadi penyebab langsung mereka menolak sebarang pelantikan.


Bagaimanapun, susulan membuat keputusan tidak memegang jawatan, mereka tidak akan berdiam diri tetapi akan bertemu ahli PAS seluruh negara dan mendengar pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju.

Salahuddin berkata beliau akan cuba menjadi pendengar yang baik dan "mendengar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting, apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini".

"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akademia, budayawan dan bukan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa golongan ulama sebagai 'duri dalam daging kepada PAS' akan membuat sidang meja bulat bagi membincangkan masa depan PAS 13 Jun ini di Shah Alam.

"Kami panggil semua pemimpin negeri kami dan juga menjemput pemimpin badan bukan kerajaan menyertai sidang ini bagi memberikan input apa yang patut kami buat selepas apa yang berlaku dalam muktamar lepas," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Selepas mencapai kata sepakat, mereka akan menyampaikan keputusan dan pandangan itu kepada pihak yang perlu di dalam PAS kerana hampir semua ahli dan aktivis PasMa merupakan ahli parti Islam itu. -TMI


'Saya akan cuba jadi pendengar yang baik'

Selepas gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Pas yang lalu, bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akhirnya memilih untuk menjadi ahli biasa tanpa sebarang jawatan dan belajar untuk menjadi pendengar yang baik terhadap akar umbi.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja. Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli-ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka.

"Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik. Biar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini," katanya melalui catatan di Facebooknya, semalam.

Menurutnya, beliau akan terlibat dengan pelbagai segmen masyarakat selepas ini dalam mengorak langkah ke arah pemimpin ummah bukan sekadar pemimpin parti.

"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akedemik, budayawan dan bukan Muslim.

"Izinkan saya melaksanakan tugas ini kerana kehadiran kita hari ini bukan sekadar menjadi pemimpin parti sendiri tetapi kita mahu menjadi pemimpin ummah negara bertuah ini, ini sangat penting untuk kita merencana masa depan dan membuat keputusan politik untuk parti, rakyat dan negara," katanya.

Isnin lalu, Salahuddin turut menulis di Facebooknya bahawa tanpa jawatan, beliau masih boleh menyumbang bakti kepada perjuangan.

"Ketika kita menang dalam pertandingan jawatan, rasanya mudah untuk memberikan nasihat pada yang kalah. Tanpa jawatan kita masih boleh terus menyumbang khidmat bakti pada perjuangan. Khalid Al Walid seringkali menjadi teladannya.

"Kini sampai giliran saya mendepani cabaran ini. Telah dua hari saya menjadi ahli biasa. Tanpa jawatan tinggi insya-ALLAH saya akan terus belajar lagi untuk menjadi pejuang ummah. Berjuang untuk Islam tiada noktah dan garis pengakhiran," katanya. 
-SH



Carilah ustazah, kenapa cari jebon ni, kata Aishah tolak pelantikan

Kumpulan pro ulama yang menang besar dalam pemilihan PAS baru-baru ini mula terasa kesannya apabila ramai aktivis mula menjauhkan diri daripada parti Islam itu dan menolak tawaran untuk bersama, termasuklah para artis yang menyertai mereka sebelum ini.

Penyanyi tersohor tanah air Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", antara mereka yang mula menjarakkan diri.

"Hai la ustazah nak cari gak jebon-jebon parasit PAS buat apa... ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu... hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ni," tulis Aishah dalam Facebooknya semalam, penuh dengan sindiran.

Aishah dan rakan aktivis lain, digelar jebon, parasit, barua dan anai-anai sebelum ini oleh kumpulan penyokong ulama, khasnya melalui “penulis hantu” mereka di media sosial, menyertai kempen "Say no to pelantikan."

Beliau yang kini sedang sakit dan menerima rawatan doktor, menulis dalam Facebooknya: "Dalam tengah-tengah sakit I terima message mohon bertemu dengan kepimpinan dewan muslimat baru untuk bincang-bincang pasal lajnah kesenian kebudayaan dan rekreasi (LKKR)."

Beliau merujuk salah satu biro dalam parti Islam itu yang diketuainya sebelum ini.

Aishah menyertai PAS beberapa tahun lalu dan bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum 2013, namun tewas.

Beliau dilabel sebagai kumpulan profesional dalam PAS dan mendapat serangan bertalu-talu daripada kumpulan pro ulama sehingga kesemua mereka tewas.

Ketika memberikan penjelasan dalam Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS baru-baru ini, Aishah yang mempengerusikan LKKR jelas sangat tidak senang cara beliau diserang.

"Kelakar jugak bila fikir-fikirkan, pengalaman saya sendiri sebagai pengerusi lajnah kesenian... 53 tahun tak pernah adapun lajnah kesenian selama ni... 53 tahun baru ada ahli yang ada pengalaman dalam bidang seni," tulis Aishah kesal dengan serangan itu.

"Tanpa dibekalkan satu sen pun, pandai-pandailah nak hidupkan benda ni, hahaha bila I fikir semula all the hours of planning, rehearsing and meetings etc...ada masa keluar duit sendiri..sampai ke muktamar, senang-senang je perwakilan komen 'seni ni luas’," tulisnya.

"Ia macam awak beritahu kepada orang Eskimo air batu itu sejuk," katanya.

Baginya, semua yang bekerja dalam jemaah PAS melakukannya secara sukarela.

"Awak bukan bercakap dengan Menteri Kesenian dan Kebudayaan, yang ada peruntukan setiap tahun dengan gaji dan elaun untuk bergerak. Semua dibuat atas dasar kasih sayang."

"Bukan tidak boleh bertanya... tetapi sebelum hendak sindir-sindir dan maki-maki.. ingatlah yang buat kerja ni semua 'volunteers' atas masa, perbelanjaan dan 'skill' kami sendiri.

"Sebelum hendak boo, fikirkan berapa banyak masa mereka ni dah infaq pada jemaah... kalau sudah tidak mahu lagi masa atau skill seseorang itu, lakukanlah dengan berhemah... kita kan jemaah Islam.. berkelakuanlah dengan akhlak Islam yang indah ini," katanya kesal.

Sebagaimana Dewan Pemuda, kesemua pemimpin yang bukan pro ulama dalam Dewan Muslimat ditewaskan sepenuhnya pada pemilihan semasa muktamar lalu, dari ketua hingga ke exco yang lain.

Aishah merupakan salah seorang 'mangsa' itu, yang selama ini sangat aktif dalam aktiviti Dewan Muslimat.

Ekoran kekalahan yang mereka sifatkan dengan cara yang tidak sihat itu, kempen "Say no to pelantikan" dimulakan.

Sebelum ini AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus juga membuat kenyataan menolak sebarang perlantikan termasuk dalam Dewan Pemuda PAS.

Menerima saranan dari Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, Abang Ahmad mahu pulang ke kawasannya di Beting Maro di pendalaman Sarawak, untuk membina PAS di sana.

"Selepas berbincang secara mendalam dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat dengan saya dan setelah melihat serta mengambil kira faktor pelapis, kewangan, gerak kerja dan perancangan, maka saya bulat dan tekad untuk tidak menerima sebarang lantikan jawatan untuk Badan Perhubungan, Pemuda PAS Malaysia & PAS Pusat," tulis Abang Ahmad dalam kenyataan itu.

Bahkan, Mazlan Aliman yang menjadi satu-satunya AJK PAS Pusat yang tidak termasuk dalam senarai pro ulama yang menang, turut mempertimbangkan melepaskan jawatan itu. 
-tmi



'Cukup-cukuplah.. Bagi orang lain pula'

"Cukup-cukuplah... Saya sudah pegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selama lima tahun. Bagi orang lain pula," kata AJK Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Selain mengakui banyak menyumbang ketika diberi amanah memegang jawatan tersebut, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sudah tiba masa bagi beliau untuk menumpukan usaha dan fokusnya kepada rakyat.

"Setakat ini tak ada apa-apa lagi, saya pun tidak fikir yang saya akan ditawarkan (jawatan dalam AJK Pas Pusat).

"... Kalau saya ditawarkan pun, saya rasa saya tidak akan terima," katanya lagi sambil ketawa kecil.

Pas akan mengumumkan pelantikan AJK Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21 Jun depan.

Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.

"Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.

"Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," kata Tuan Ibrahim. 
-SH




ULASAN GB

GB ucapkan syabas kepada golongan profesyenal... anda terbilang walaupun terbuang.

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akan tetap bersama kalian. Mereka meraikan ketibaan tuan-tuan:





Kepada kumpulan "ulamak" yang kini menerajui kepimpinan parti, (sekalipun dengan cara "cai" bukan dengan istikharah dan dengan cara memboo rakan seperjuangan dari kalangan professional, bukan dengan menjaga susila dan akhlak Islam), laksanakan tugas dan kewajipan kerana kamu yang tersangat ingin untuk memegang jawatan-jawatan berkenaan.

GB tertarik dengan satu komen dari ahli akar umbi:

Perebutan jawatan amat memalukan. Selama ini saya begitu hormat kepada ustaz-ustaz dan ulama-ulama. Tetapi mereka berperangai jahat berkonspirasi merebut jawatan-jawatan di peringkat kawasan-kawasan sehingga mengenepikan kumpulan professional.

Selepas ini ... buatlah kerja .. kan dah menang...jgn dok merayu-rayu lgi... tunjukkan ulamak pon boleh.... lepas ni panjat pokok sendiri pacak bendera jika nak bertanding pilihanraya.... susun kerusi bangku, pasang amplifier dan mikrofon sendiri, dirikan kemah ceramah sendiri di program ceramah... kami ahli-ahli di peringkat bawahan telah kepenatan selama ini... berikan kami berehat pula.... jangan nak hidup senang pijak kepala orang bawahan untuk anda bermegah dengan gelaran ustaz-ustaz kamu... mintalah bantuan tok usin ceroi, el-haraki, keli laut, huzir sulaiman, albangi dan mereka yang banyak berkempen untuk kamu selama ini... suruhlah mereka panjat pokok, pasang bendera, pasang khemah dan lain-lain...

ABCDEF

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.