`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 17, 2015

[BERGAMBAR] Deklarasi Bakri: "Perjuangan Baru Bermula"


RibUan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara membanjiri majlis yang pada awalnya dinamakan "Himpunan Jasamu Dikenang" yang bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" yang diadakan malam tadi di Bakri, Muar, Johor.

Begitu ramai sekali bekas pimpinan PAS yang hadir terutama dari kumpulan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan di muktamar baru-baru ini hadir untuk berhimpun sekaligus menjadikan Bakri sebagai tapak awal dan saksi kepada pemulaan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam tadi ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain.

Sekalipun diberikan masa cuma sekadar 5-6 minit untuk berucap namun ternyata kesemua penceramah tidak menghampakan hadirin. Masing-masing begitu bersemangat untuk memulihkan harapan Pakatan Rakyat di dalam meneruskan aagenda perjuangan bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Dpedas.fm telah membuat lintas lansung untuk program berkenaan malam tadi.

Rata-rata penceramah menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat.

Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini.

Mereka telah dikalahkan dengan perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan pro-ulama yang mana ia memeranjatkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sendiri yang merasa kecewa dengan perbuatan dan tindakan melampau yang lansung tidak dibendung oleh para ulama PAS.

Yang menjadi perhatian dan wira pada malam tadi sepastinyalah sdra Mazlan Aliman, seorang pemimpin NGO ANAK yang telah sangguo melepaskan jawatan sekalipun menang sebagai AJK PAS Pusat demi untuk menyertai barisan rakan-rakannya dari kalangan profesional.

Rakyat yang hadir berulang-ulang kali menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP.

Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan "UMNO tidak seburuk Firaun." Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan "inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu," yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang b

Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya:

"Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman." aru.

Pernyataan itu disambut dengan laungan takbir lebih 5,000 hadirin sebagai tanda bersetuju.

Sebelumnya Mohamad Sabu telah menyatakan kekesalannya apabila PAS terus ditipu oleh UMNO di dalam isu hudud yang setelah dua penggal parlimen bersidang, Private Bill masih gagal dibentang.

Akibat darinya juga, PAS telah berpecah, Pakatan Rakyat berantakan. Mangapakah kita terlalu bodoh untuk percaya kepada UMNO? Soalnya.

DAP lebih faham muktamar berbanding PAS, kata Khalid Samad

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad membidas sikap berdolak-dalik kepimpinan tertinggi PAS selepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini. Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tertanya-tanya di mana logiknya usul itu yang kini diletakkan di bahu Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

Katanya, kedua-dua badan itu hadir pada muktamar lalu dan tidak membangkang usul itu diluluskan tanpa perbahasan.

"Dalam muktamar itu Majlis Syura Ulama ada atau tiada? AJK PAS Pusat ada atau tidak ada?

"Kalau dalam muktamar mereka luluskan usul itu, takkan keluar muktamar dia nak tolak usul itu.

"Dengan sendirinya apabila muktamar luluskan maknanya Majlis Syura Ulama luluskan, AJK PAS Pusat luluskan, Dewan Ulama PAS Pusat luluskan, Dewan Muslimat Pusat luluskan, Dewan Pemuda Pusat luluskan.

"Seluruh perwakilan daripada seluruh negara, lulus dah.

"Dah itu apa nak kata? Takkanlah pimpinan tidak faham proses muktamar ini?" katanya sewaktu berucap pada majlis "Malam Jasamu Dikenang" di Muar, Johor, malam tadi.

Katanya, tindakan DAP menerima usul itu dan mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat memberi gambaran parti itu lebih memahami PAS daripada PAS sendiri.

"DAP pun lebih faham. DAP kata dah bubar dah tak ada apa-apa dah," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), badan pembuat keputusan tertinggi parti itu, memutuskan menerima usul muktamar PAS itu mengenai hubungan kerjasama antara mereka.

Beliau juga mengumumkan pembubaran PR ekoran penerimaan usul itu oleh DAP selaku salah satu daripada 3 parti dalam PR.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP perlu segera disemak semula bagi memperkukuhkan kembali gabungan parti di dalam PR.

Dalam kenyataannya, ketua pembangkang itu mengakui wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.

PKR dijangka mengumumkan pendirian mereka tentang status PR hari ini.
-TMI




Berikut ialah video montaj yang disediakan oleh penganjur himpunan





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.