`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 9, 2015

'Ambil Tindakan Terhadap Pegawai JPJ Terlibat'


PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan terhadap kes seorang wanita Cina yang diminta memakai kain sarung berikutan pakaian yang dipakai wanita itu terlalu mencolok mata.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ini bukan polisi kementerian. Saya sudah arahkan siasatan dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai JPJ yang terlibat," katanya.

Menurut kenyataan Liow di laman Facebook miliknya, kes itu disiasat serta-merta dan memberikan jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai JPJ terbabit yang mengarahkan wanita Cina itu memakai kain sarung sebelum berurusan di kaunter JPJ.

Liow yang juga kesal dengan insiden itu berlaku terhadap wanita Cina itu berkata, tiada dasar yang memerlukan orang awam memakai kain sarung untuk berurusan di kaunter JPJ.

Tambahnya lagi, kementeriannya akan mengkaji semula garis panduan pemakaian orang awam ketika berurusan di kaunter kerajaan.

Semalam, heboh di laman sosial apabila seorang wanita Cina diminta memakai kain sarung oleh kakitangan JPJ kerana memakai skirt yang sangat singkat. Bagaimanapun, lokasi cawangan JPJ yang dimaksudkan tidak dinyatakan.

Susulan kes wanita Cina itu viral di media sosial semalam, pagi tadi JPJ telah mengeluarkan garis panduan pemakaian lelaki dan wanita yang mana memerlukan mereka berpakaian sopan, yang dikongsikan kepada orang awam melalui Twitter dan Facebook rasmi JPJ.


Garis Panduan itu menjelaskan wanita tidak dibenarkan memakai skirt di atas paras lutut, manakala lelaki pula tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan.

Susulan kenyataan Liow Tiong Lai itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana menganggap Presiden MCA itu bersikap berat sebelah dan cuba mempertahankan wanita Cina berkenaan yang sudah terbukti melanggar kod etika pakaian ketika berurusan di kaunter kerajaan.

Netizen juga mendakwa, Liow juga bersikap tidak adil hanya kerana wanita itu berbangsa Cina sedangkan peraturan itu dilaksanakan terhadap orang awam tanpa mengira bangsa. Tidak kurang juga ada yang beranggapan Liow menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri dan mengambil kesempatan di atas kedudukannya sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia.


Sementara itu, segelintir netizen melontarkan comment bahasa mandarin di laman Facebook rasmi Liow yang mendesaknya mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat. Mereka juga menyifatkan tindakan itu kolot dan memalukan serta tidak sepatutnya berlaku.

Rata-rata yang melontarkan comment di Facebook Liow itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku pada wanita berkenaan. Mereka turut meminta Liow meletak jawatan jika masalah kecil seperti ini tidak dapat diselesaikan.

Pendek kata mereka mahukan keadilan dan kemenangan untuk wanita itu.

Namun, jika Liow meneruskan siasatan ini, ia akan mencemarkan imej kerajaan dan sekali gus membuktikan pemimpin MCA itu tidak boleh dipercayai dan menyalahgunakan kuasa serta kedudukan sebagai menteri. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.