`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 17, 2015

Adik Najib Akan Tubuh Parti Politik Baru



Ahli pembankan Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Abdul Razak telah memulakan inisiatif untuk membentuk sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum, Lapor Asia Sentinel.

Laporan itu berkata parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.

"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

"Saifuddin (gambar), walaupun dihormati sebagai seorang sederhana, tetap tidak mempunyai pengaruh yang meluas untuk menarik sokongan," kata laporan itu.

Laporan Asia Sentinel muncul di tengah-tengah kemelut perpecahan Pakatan Rakyat dan hubungan yang semakin selesa di antara PAS dan Umno.

Ini, kata laporan itu, telah membuka ruang terhadap kemungkinan penjajaran semula politik,  kerana parti komponen BN mungkin mengetepikan Umno untuk mencari rakan-rakan yang lebih baik.

Nazir, yang merupakan ahli pembankan yang  dihormati dan anak perdana menteri kedua Malaysia, boleh menyediakan platform untuk gabungan baru, katanya.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Nazir dilihat kritikal terhadap dasar-dasar Putrajaya, terutamanya dalam pengendalian kontroversi 1MDB, dan ini memberi kredibiliti kepadanya.

Laporan itu menyatakan bahawa Nazir dan sekutunya sangat mampu untuk menyediakan dana yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.