`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 6, 2015

Adakah Boo Satu Ancaman, Soal Marina Kepada Ketua Polis Negara



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan kritikan selepas pada saat-saat akhir membatalkan dialog Nothing2Hide dengan Perdana Menteri pada Jumaat.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir mempersoalkan di Twitter tentang bentuk ancaman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Well well well...jika @ KBAB51 tidak boleh mengendalikan keselamatan untuk sebuah acara melibatkan @NajibRazak, apa yang bagusnya dia," kata Marina.

"Dan apa jenis ancaman keselamatan itu? Orang 'boo'? Tetapi itulah yang telah berlaku sebelum ini, tidak," tanya beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah berkata di Twitter: "Sejak sekolah, sy tak pernah tarik diri saat akhir bila telah sahkan akn hadir ceramah, dialog, forum, debat."

"Pokok pangkalnya ialah debat atau tak debat. Tak payahlah nak spin spin."

"Ada beza antara yg menerima debat dgn yg tidak. Itu jer."

Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan menulis di Twitter bahawa sesi Nothing2Hide perlu dinamakan semula kepada sesi Something2Hide.

Khalid berkata polis terpaksa membatalkan dialog antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan kehendak Najib tetapi kerana "keselamatan dan sekuriti."

"Walaupun Perdana Menteri tidak gembira dengan saya kerana membatalkannya, tetapi saya terpaksa. Untuk sebab-sebab keselamatan," kata Khalid kepada The Star.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya apakah isu-isu keselamatan di PWTC lapor mStar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.