`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 20, 2015

Sirul Azhar keluar Malaysia dengan kebenaran Mahkamah?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan Sirul Umar Azhar yang kini berada di Australia mendapat kebenaran mahkamah untuk keluar dari negara sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana disabitkan dengan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

KUALA LUMPUR, 20 Mei:

Bekas anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar keluar dari Malaysia dengan cara yang sah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan individu tersebut yang kini berada di Australia mendapat kebenaran mahkamah untuk keluar dari negara sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana disabitkan dengan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Koperal Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara atas kebenaran mahkamah tempoh hari.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan menghalang seseorang yang hendak keluar atau masuk negara jika nama seseorang itu tidak tersenarai dalam senarai syak Jabatan dan juga memenuhi syarat,” katanya melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen (DAP) Batu Kawan, Kasthuriraani Patoo.

Kasthuriraani meminta Zahid menjelaskan bagaimana Sirul dapat melarikan diri merentasi sekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Imigresen Malaysia menaiki penerbangan dan selamat mendarat di Australia memandangkan hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas beliau.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan Sirul Azhar.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.