`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 14, 2015

Najib Arah Selamatkan Kes Muflis Adun Lenggeng?


Najib Arah Selamatkan Kes Muflis Adun Lenggeng? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta supaya kes muflis membabitkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail diselesaikan diluar mahkamah.

Arahan itu disampaikan dalam surat yang ditanda tangan Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini telah dibawa kepada pengetahuan Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Najib Arah Selamatkan Kes Muflis Adun Lenggeng?

“Oleh yang demikian, saya telah diarahkan Y.A.B Perdana Menteri supaya Y.B Datuk dapat menyelesaikan segera perkara ini secara aman di luar mahkamah dengan kadar segera”, katanya dalam surat yang bertarikh 13 Mei 2015.

Ishak, 64, yang mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah diisytihar muflisoleh Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.

Mengulas mengenai pengisytiharan itu, beliau memaklumkan akan mengemukakan rayuan di mahkamah yang sama pada Khamis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.