`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 20, 2015

Hukum gantung pembunuh Altantuya pengkhianatan kepada keadilan, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terus "diganggu" oleh pembunuhan warga Mongolia  Altantuya Shaariibuu apabila percubaannya menjawab kontroversi di sebalik kes tersebut tidak diterima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan terbaru di blognya petang ini Dr Mahathir menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Najib yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya.
"Najib tidak menjawab apa-apa. Selain dari menyatakan bahawa kes Altantuya lapuk, dia tidak membidas apa-apa," tulis Dr Mahathir di blognya  chedet.cc hari ini.
Katanya, kes itu masih segar kerana 2 bekas pengawal Najib itu mengaku bertindak "atas arahan" dan mereka kini berdepan hukuman gantung selepas disabitkan bersalah.
"Hal ini masih segar kerana hukuman gantung akan dibuat pada masa ini.
"2 orang itu sebelum ini dibebaskan. Pembebasan mereka bererti hal itu selesai.
"Namun mereka kini akan digantung. Nampaknya mereka bertindak atas arahan. Penggantungan mereka adalah satu pengkhianatan kepada keadilan," tulis Dr Mahathir.
Beliau merujuk kepada dua bekas komando polis iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Sirul yang kini berada dalam tahanan di Australia selepas melarikan diri daripada tali gantung mendakwa pembunuhan Altantuya dilakukan atas arahan yang diberikan kepada beliau dan pegawainya, Azilah.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.