`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 7, 2015

ABIM heret transaksi 'ragu' Tabung Haji ke balai polis



Angkatan Belia Islam (ABIM) membuat laporan polis berhubung dakwaan pembelian tanah 1Malaysia Developement Bhd (1 MDD) oleh Lembaga Tabung Haji dengan harga terlalu tinggi.
Setiausaha agung NGO itu Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata jika benar keadaan sekarang amat membimbangkan kerana ia melibatkan transaksi “meragukan” serta boleh merugikan pendeposit.
Malah, dakwanya, ia didakwa dibuat ketika syarikat pelaburan kontroversi negara itu masih dalam siasatan jabatan audit negara.
“Justeru, saya sebagai individu pendeposit akaun Tabung Haji sejak sekian lama serta sebagai Setiausaha Agung ABIM, salah satu NGO Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di Malaysia, memohon pihak polis dan mana-mana pihak bertanggungjawab membuat siasatan segera dan mengambil tanggungjawab bagi laporan tersebut,” katanya.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Twitter menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.
Ia merujuk kepada tulisan sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah projek Tun Razak Exchange (TRX).
Blog tersebut mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.