`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 3, 2015

TDM: Najib Jangan Hanya Kata "Merepek", Siasat Dakwaan Sirul!


UMNO dan PRU 14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri. -chedet.cc


Tiba masa kebenaran didedah, kata Ku Li kepada Najib

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hari ini membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri, menegaskan masanya sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mesra dengan panggilan Ku Li, beliau berkata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pasti mempunyai asas yang kukuh mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.

"Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini," katanya merujuk senarai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Najib dan pentadbirannya seperti dicatatkan Dr Mahathir dalam blog popularnya hari ini.

Antara tuduhan itu termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, skandal kewangan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hubungannya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho serta pembelian jet peribadi.

Ku Li berkata, sebagai pemimpin veteran, Dr Mahathir sudah pasti memahami akar umbi dengan cukup baik, dan mengakui yang sekiranya isu yang timbul tidak ditangani dengan baik, akan sukar bagi sesiapa pun untuk memenangi pilihan raya umum (PRU).

"Beliau tahu bagaimana situasi parti politik yang berhadapan PRU. Isu yang tidak selesai, sudah pasti sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan," kata ahli Parlimen Gua Musang itu.

"Saya pasti ada sebab beliau keluarkan kenyataan itu," katanya yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata.

Dr Mahathir di laman blog chedet.cc hari ini berkata, sekiranya Umno masih lagi di bawah pimpinan Najib berhadapan PRU14 akan datang, Barisan Nasional (BN) akan tewas.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, ramai ahli dan kepimpinan parti Melayu itu kini dilihatnya setia secara membuta tuli.

"Saya juga setia, tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini," katanya.

Susulan kenyataannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdahulu hari ini mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir.

"Apa yang Tun kata mungkin ada betul mungkin tidak. Tetapi sudah pasti beliau berhati-hati masa menulis dan tentulah beliau mempunyai kekuatan fakta.

"Nasihat saya, ini soal parti yang tidak boleh dibincang secara terbuka, maka eloklah kita bincang secara tertutup.

"Maka saya syorkan supaya Ku Nan ambil daya usaha untuk selesaikan polemik berpanjangan ini, dan bincang dengan cara adik beradik," katanya merujuk kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
-TMI



Show some respect and answer Dr M’s queries, Najib told

It is time Prime Minister Najib Razak meet his accuser, Mahathir Mohamad head on and answer all his questions about 1MDB, said Zaid Ibrahim in a series of tweets today.

Reminding Najib that all the questions posed on 1Malaysia Development Berhad so far had been legitimate, Zaid added, “Dont make fun of Tun M. All he wanted was some answers. All legitimate questions. PM has to face his accuser head on.”

A former law minister with the government, Zaid also said that while many attributed Najib’s success at becoming PM to his wife, Rosmah Mansor, he felt differently and said it was Mahathir who made him the man he is today.

“Some say Najib would not be PM if not for Rosmah. I say Najib owes it to Tun for what he is today. Least he can do for Tun is respect him.”

Zaid also said that it did not matter who was asking the questions as long as the questions were important and warranted an answer.

“U may not like Tun M but thats not the issue. Are the questions he raised important? Its not about the questioner but the question,” he tweeted regarding Mahathir who is widely regarded as Najib’s harshest critic ever since withdrawing support for his leadership last year.

Zaid even suggested Najib go public with his answers and tweeted: “What better way than appear on TV and answer all the questions Tun had asked. That’s being respectful to the man and the people too.” 
-FMT




1 comment:

  1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka < 3942 > alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI MUPENG,di no (((0852 9445 0976))) , atau KLIK DISINI ,
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil

    Solusi yang tepat jangan anda putus aza….AKI MUPENG akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D3D4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((0852 9445 0976)))
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos
    angka GHOIB;vetnam

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.