`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 8, 2015

Sokong Hadi kerana Hudud Atau Mungkir Janji?

Image result for hadi and hudud

Sesungguhnya Allah SWT memasyhurkan bahwa Rasul SAW menepati janji beribu tahun sebelum Nabi SAW lahir ke dunia.

Sewaktu Abu Sufyan bertemu Raja Rom, Heraklius, antara soalan yang ditanya oleh Raja Rom kepada Abu Sufyan adalah adakah Muhammad itu sifatnya menepati janji.

Ini kerana sifat Rasul akhir Zaman yakni Muhammad telah diperkatakan oleh Allah SWT dalam semua kitab yg diturunkan sebelum Al Quran yakni Injil, Zabur, Taurat dan banyak lagi.

Makanya, seorang pejuang Islam tidak boleh mungkir janji.

Lim Kit Siang marah dengan Presiden PAS bukan kerana hudud sangat tetapi kerana Haji Hadi mungkir janji kepada mereka.

Haji Hadi telah berjanji untuk membentangkan Bil Hudud itu kepada Majlis Presiden PR sebelum dibentang di Parlimen.

Pada hari Selasa hari ini, tiba2 bil tersebut telah pun dihantar pada Speaker untuk dibentang kepada Parlimen.

Kalaupun hendak di bulldoze juga, bentanglah dlm Majlis Presiden dulu.

Penuhi janji dulu.

Inikah yang hendak diperjuangkan oleh puak2 pro ulama dalam PAS?

Memperjuangkan kemungkiran janji Presiden?

Inikah perjuangan yang akan diberkati Allah SWT?

Lepas ni nak join UMNO pula kah?

Adakah ulama2 dlm PAS tak perlu lagi berpegang dengan janji.

Adakah ulama2 dalam PAS maksum? Terlepas dari hukum hakam dan dosa?

TULANG BESI

ps Selepas perjanjian Hudabiyyah, seorang sahabat bernama Abu Jindal berjaya melarikan diri dari penjara Mekah.

Setelah sampai di Madinah, dlm keadaan Rasul SAW nampak sendiri kesan2 siksa di badan dan muka Abu Jindal, Baginda tetap memulangkan Abu Jindal ke Mekah.

Semua kerana janji.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.