`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 15, 2015

Punca Lelaki Bakar Diri Di Petron Bukit Raja



Gempar setelah seorang lelaki telah membunuh diri dengan membakar diri sendiri pada tengah malam semalam di Stesen Minyak Petron Bandar Baru Klang, Bukit Raja. 

Mengikut rakaman CCTV yang tersebar pantas sejak kejadian berlaku semalam, kelihatan seorang lelaki memasuki premis Stesen Minyak dengan hanya berjalan kaki dan terus mengambil pam petrol yang sedang digunakan oleh salah seorang pengguna kenderaan Proton Saga jenis FL dan terus menuang ke atas diri sendiri.

Semasa Kejadian berlaku Selang beberapa minit, api mula menyambar secara tiba-tiba mengakibatkan mangsa terbakar dan api marak merebak kearah kereta tersebut.

Kejadian yang sangat mengerikan ini terjadi dengan pantas sekitar jam 1.35 Pagi. Berdasarkan status salah seorang pengguna F.B Grup “Shah Alam Residents” yang dikenali sebagai Zulhaniff Azman, mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa India dalam keadaan mabuk meluru terus ke arah pam minyak. Namun begitu, punca sebenar masih dalam siasatan terutama sekali berkaitan dengan identiti sebenar mangsa terbabit.

Dari rakaman CCTV yang tersebar juga, mangsa dikatakan berlari sebaik sahaja api mulai marak dan selang sekitar 15-30 saat,kelihatan mangsa cuba dipadamkan oleh pekerja Petron yang cubaan mendapatkannya. 

Sementara itu pula, kenderaan Proton Saga yang turut terbakar, dapat dipadamkan dengan pemadam kebakaran oleh bantuan pekerja stesen terbabit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.