`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 10, 2015

Kenapa Harga Barang Jauh Beza Di Tesco & Mydin (Gambar)

Melalui beberapa keping foto yang tersebar di media sosial sejak semalam, ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jurang perbezaan harga barangan di Tesco dan Mydin.
Mana taknya, berdasarkan pendedahan yang dibuat seorang individu, harga barangan yang ditawarkan pasar raya Tesco nyata jauh lebih mahal dari barangan sama yang dijual di pasar raya Mydin.
10424229_874234769310209_2870519889251704240_n
Gambar di atas merupakan salah satu bukti perbezaan harga yang disebarkan ramai pengguna di laman sosial. Andai ia benar, makanya Tesco mengaut keuntungan ‘atas angin’ sebanyak lebih RM7!
Tapi, betulkah dakwaan tersebut benar-benar berlaku atau ia hanya salah faham dari individu berkenaan?
Bagi mendapat penjelasan lanjut, kami telah berkunjung ke kedua-dua pasar raya tersebut dan membeli ketiga-tiga barang yang dikatakan memiliki harga yang jauh berbeza.
Anda boleh merujuk kepada video di bawah.
Ketika mengunjungi Tesco, sememangnya angka yang dipaparkan di papan harga tidak banyak berubah dari apa yang dikongsi di Facebook, lantas ia seperti mengiyakan kata-kata individu tersebut.
Namun, selesai membuat pembayaran, telahan tersebut nyata meleset sama sekali apabila harga yang terpapar di resit lebih rendah dari yang ditulis di papan iklan.
tesco resit
Makanya, ia berkemungkinan kerana kesilapan pihak pengurusan Tesco sendiri yang tidak mengemaskini harga terbaru yang ditawarkan mereka, lantas ia menimbulkan keraguan dari pihak pengguna. Nah, siapa yang tak buat kerja ni…
Bagi pasar raya Mydin pula, pihak pengurusannya lebih peka dengan harga yang ditawarkan mereka dan sentiasa memperbaharui ‘tag’ harga, lantas ia memudahkan pihak pengguna untuk membuat jumlah pembelian.
mydin resit
Secara kesimpulannya, senario salah faham ini bukanlah kesilapan dari pihak pengguna, namun berpunca dari kegagalan Tesco yang tidak peka dengan situasi semasa.
Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu dijadikan sebab utama untuk tidak menambahkan kekeliruan pengguna terhadap harga yang dijual pihak Tesco.
Situasi ini turut menampakkan kematangan pihak pengguna yang bijak membuat perbandingan harga dan membeli barangan yang lebih murah.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.