`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 3, 2015

HARGA MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH PUN NAIK KERANA GST

Sekolah keluar surat harga makanan kantin naik

SURAT sekolah makluman harga makanan kantin naik

Baru semalam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan, kecohnya satu Malaysia tentang kenaikan harga barang naik, baik di pasar raya mahupun kedai runcit.

Itu belum lagi kedai-kedai kaki lima dan warung-warung jual makanan.

Kalau ikut kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hanya barang tertentu sahaja yang akan dinaikkan harga malah banyak yang akan diturunkan sebaik GST dimulakan.

Malangnya apa yang berlaku, semua barang naik harga, tak ada satu pun yang turun melainkan ada peniaga yang memahami masih mengekalkan harga lama.

Tetapi berapa ramai peniaga yang memahami untuk tidak menaikkan harga?

Hendak menafikan kata-kata Ahmad Maslan pun susah sebabnya, memang harga barang semuanya naik dan tidak ada yang turun.

Cuma yang boleh diterima akal seperti kata seorang ibu tunggal, ada kemungkinan peniaga-peniaga sedang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan terpaksa kerana GST.

Memang masuk akal kalau ada peniaga yang mengambil kesempatan ini tetapi apa daya kita sebagai pengguna yang mahu atau tidak terpaksa keluarkan duit untuk bayar barang yang dibeli.

Apakah ada mekanisme lain yang boleh menyekat para peniaga daripada menaikkan harga barang walaupun tidak terbabit dengan GST?

Itulah jawapan yang menteri perlu jawab. Itu bab peniaga yang melibatkan orang awam tetapi bagaimana pula dengan kantin sekolah yang melibatkan pelajar sepenuhnya ditanggung oleh ibubapa?

Memang tidak wajar jika kantin sekolah pun menaikkan harga makanan yang dijual kepada murid-murid, tetapi kerana GST sebuah sekolah di Kedah terpaksa menaikkan harga makanan.

Surat makluman telah dikeluarkan oleh sekolah terbabit yang ditandatangani guru besarnya dan ini bermakna, pihak sekolah sekali gus merestui kenaikan harga makanan tanpa perlu merujuk kepada ibubapa.

Biarpun tarikh kenaikan harga makanan di kantin sekolah itu hanya akan dimulakan pada 5 April, perkara asasnya adalah kenaikan harga makanan tetap akan berlaku.

Agak susah nak percaya tetapi hakikatnya, rakyat terpaksa menelan semua kenaikan harga yang kini bukan lagi enam peratus yang dikaitakan dengan GST yang mungkin menyaksikan kenaikan harga yang lebih daripada itu. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.