`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 12, 2015

DULU AHMAD MASLAN CAKAP APABILA GST DILAKSANAKAN HARGA AKAN MENJADI MURAH AKHIRNYA DIRINYA KENA MARAH DAN DIBELASAH KAW-KAW OLEH PELAJAR UiTM



Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. 

Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.  “Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.  

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.  

“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST ... 22 DISEMBER 2013 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar. 

Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar. 

Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu. 

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus. 

Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.... 11 APRIL 2015 

Akhirnya siapa yang gagal dan merana ... ternyata Ahmad Maslan CGPA 3.85 gagal untuk menyakinkan rakyat apa yang dikempenkan selama ini dan akhirnya dirinya sendiri merana sebab kena tibai kaw-kaw. 

Dia ingat dia mampu memperdayakan budak-budak UiTM yang mungkin dianggapnya masih mentah dan berhingus sebab belum perolehi sebarang ijazah sedangkan beliau adalah seorang sarjana lulusan UKM dengan CGPA 3.85 dan mengaku pelajar terbaik antara 177 pelajar. 

Jelas yang dirinya cuba nak memperbodoh-bodohkan para pelajar UiTM ... nampaknya Ahmad Maslan CGPA 3.85 sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Penerangan UMNO Pusat gagal untuk menyakinkan segenap lapisan rakyat terutamanya yang ada ilmu dan berpelajaran mengenai GST ini. 

Kini Ahmad Maslan CGPA 3.85 sudah dianggap sebagai liabiliti kepada UMNO/BN ... nilai kepercayaan rakyat kepada apa jua kata-kata yang terhambur dari mulutnya sudah dianggap sebagai sifar ... jalan paling baik dan selamat kini ialah beliau perlu membisu dari bercakap benda yang bukan-bukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.