`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 17, 2015

DAP Terdesak atau Melayu Mendesak Politik Baru?

Image result for DAPImage result for Ibrahim AliImage result for orang melayu

Kelangsungan hayat parti politik atau longevity mereka bergantung kepada kebolehan membaca pola atau trend citarasa. Orang Melayu bersedia menerima politik yang lebih terbuka, yakin pada diri sendiri dan sedia assert pendirian mereka. DAP membaca trends ini dengan teliti dan menawarkan pilihan kepada orang Melayu. Sama ada ianya diterima oleh orang Melayu, orang Melayu lah yang menentukan nya. 
Agaknya, Ibrahim Ali, presiden PERKASA anggap pelajar Melayu dungu dan bodoh. Ini respons saya kepada lapuran keatas Dato Ibrahim Ali yang kata DAP terdesak untuk dapat undi Melayu.

Jawapan ringkas- ada masaalah ke kalau DAP inginkan undi Melayu? Jika DAP boleh beri keyakinan, dan orang Melayu meyakini perjuangan nya, tidak salah untuk sokong DAP. Bukannya DAP ajak Melayu tukar agama dan tukar bangsa. DAP menawarkan pilihan. Sama seperti Perkasa menawarkan pilihan untuk masyarakat.

Ianya tidak mengapa jika Ibrahim Ali dan Perkasa berjumpa dengan pelajar2 Malaysia diluar negara, tapi tak boleh jika DAP pergi berjumpa pelajar Melayu.

Ibrahim Ali dan pemimpin UMNO berbisnes dengan Cina tidak mengapa, tapi pelajar2 hendak ber-bonding dengan DAP tak boleh. Pemimpin UMNO suruh orang Melayu kelahi dengan orang Cina, tapi semua pemimpin Melayu tanpa pengecualian, berbisness dengan kapitalis Cina. UDA dengan Ecoworld untuk bangunkan tanah Pudu jel, 1MDB dengan Jho Low, PM Najib dengan ramai Cina, dan lain2 lagi. Setiap pemimpin UMNO ada bisnes partner cina mereka.

Kita semua kena waspada dengan lojik kelamkabut orang seperti Ibrahim Ali. Jika Perkasa boleh melakukan nya, kebebasan yang serupa mesti diberikan kepada orang lain termasuk DAP.

Ibrahim Ali marah kerana DAP pergi ke negara2 Timur Tengah untuk bertemu dengan pelajar2 Malaysia disana. DAP hendak rekrut pelajar2 Timur Tengah.

Saya rasa itu adalah langkah yang bijak. Biarlah pelajar2 ini mengenali pimpinan DAP dan melihat sendiri agenda DAP. Biar mereka tahu dan sedar bahawa DAP dan pempinan mereka bukan jembalang yang digambarkan oleh kem Melayu yang mempertahankan kepentingan golongan feudal. Golongan feudal Melayu ialah golongan yang mahu kaya tapi mengerah majority Melayu menghamba-abdikan diri mereka untuk mengayakan golongan elit.

DAP komited terhadap menubuhkan kerajaan yang demokratik melalui proses demokrasi. Dan komited terhadap menubuhkan kerajaan yang didirikan atas prinsip pemerintahan rule of law- dimana semua rakyat dilihat sama oleh undang2. Komited terhadap kerajaan yang menjalan keadilan social dan komited terhadap keadilan. Ini ideals yang boleh diterima oleh sesiapa yang boleh berfikir.

Dan pelajar2 ini akan sedar agenda DAP bukan untuk menCinakan Malaysia atau mengkristiankan orang Melayu. Pertama, jumlah semua orang Cina ialah 24% jadi, menCinakan Malaysia adalah kemustahilan. Mengkristiankan orang Melayu- siapalah yang mencetuskan pembohongan ini- kalau nak kristiankan, lebih baik kristiankan ahli cina DAP dahulu. Ramai yang bukan Kristian bahkan yang tidak ada agama pun ramai.

Kenapa DAP tidak boleh melakukan demikian? Susah hendak berhujah dengan orang Melayu macam Ibrahim Ali. Ini orang Melayu yang kita tawarkan pendidikan bersabsidi dan percuma , mereka membantah dengan keras berdegil untuk bayar PTPTN. Sebab orang Melayu banyak wang dan pendapatan mereka RM5900 sebulan. Sedangkan 400,000 penjawat awam masih berpendapatan dibawah RM1000 sebulan.

Ini orang Melayu yang buat demonstrasi nak bayar denda trafik RM300 dan ini jenis orang Melayu yang bangkit demonstrasi mahu bayar GST.

Apa masaalah Ibrahim Ali jika orang Melayu mahu jadi ahli DAP dan menyokong DAP? Biarlah mereka sendiri mengadili betul atau tidak DAP parti rasis dan cauvinis.

 Jika DAP berada dalam keadaan semula jadinya, Ibrahim Ali akan kata DAP parti Cina dan orang Melayu tidak ada. -Bla orang Melayu hendak memasuki DAP- keputusan itu dianggap tidak betul. Bagaimana orang Melayu boleh meramaikan jumlah mereka dalam DAP jika mereka hendak masuk DAP, mereka disekat? Jika Ibrahim Ali hendak lihat DAP ramai Melayu, maka dia mesti galakkan oran Melayu ramai masuk DAP.

Ibrahim Ali dan orang yang sepemikiran nya cemas jika DAP berjaya menarik minat orang Melayu. Saya sudah berkali kali kata- orang Melayu yang masuk DAP tukar wadah bukan tukar aqidah.

Kepada orang Melayu- jangan biarkan diri ditakuti oleh golongan yang mempertahankan kepentingan golongan istimewa bangsa Melayu. Ramai NGO mempertahankan keistimewaan yang dinikmati oleh elit dan bangsawan Melayu tanpa menyedari bahawa majority Melayu tertekan dan terpinggir dan disekat untuk mencapai potensi mereka yang penuh.

Banyak perkara yang telah berlaku dalam DAP sejak 10 tahun yang lalu. Old guard dalam DAP sudah berkurangan. Generasi pimpinan DAP yang baru terdiri dari pemimpin yang berpandangan jauh yang komited terhadap negara demokrasi yang memerintah mengikut rule of law. Pemimpin2 ini komited kepada amalan good governance dan penentang kepada salah laku dan segala bentuk rasuah.

Perkara2 ini boleh dilanggani oleh orang Melayu. Orang Melayu ada kedudukan istimewa yang kemudian nya di hijacked menjadi hak. Orang Melayu ada kedudukan istimewa –itu yang betul dan dilindungi oleh perlembagaan dan aturan berkerajaan dalam negara kita. Hak? Hak ialah sesuatu yang diperjuangkan, bukan diberi percuma atau digubal-undang2kan.

Jika Perkasa umpamanya pergi berjumpa pelajar2 Melayu diluar negara mengajar mereka jadi rasis, apa salah nya DAP pergi berjumpa pelajar Melayu diluar negara untuk mempekenalkan diri mereka? Bergantunglah kepada pelajar2 ini yang bukan hanya belajar mass communicatins untuk menggunakan permikiran mereka mengadili niat dan tujuan DAP.

Jika mereka memikirkan DAP itu parti politik yang menyediakan agenda politik dan social yang munasabh, jangan buang masa, masuk DAP dan bersama sama mengalahkan parti yang menyokong neo feudalism.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.