`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 16, 2015

Berjudi Sampai Muflis,Hasil Kerajaan Didik Rakyat Berjudi Sejak Merdeka.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Johor, Deputi Superintendan Adzli Abu Shah (berdiri di kiri) menunjukkan enam lelaki yang ditahan dalam serbuan di Taman Sri Bahagia, Johor Bahru malam kelmarin.


JOHOR BAHRU – Seorang juruelektrik diberkas buat kali ketiga malam kelmarin kerana bermain judi mesin slot walaupun sebelum ini dia pernah kalah kira-kira RM100,000 sehingga terpaksa menggadai rumah dan keretanya.
Juruelektrik yang dikenali sebagai Sokfan, 46, itu tidak pernah berubah walaupun dia juga sudah diisytiharkan muflis akibat tabiat buruknya itu.
Lebih teruk, Sokfan juga tidak mempedulikan nasib dua isteri dan lapan anaknya kerana dia lebih mementingkan keseronokan bermain judi mesin slot.
Malam kelmarin, Sokfan diberkas lagi bersama tiga rakan tahi judi lain ketika mereka leka berjudi di sebuah bangunan kedai dua tingkat di Jalan Sri Bahagia 5, Taman Sri Bahagia di sini.
Sokfan ketika ditemui Kosmo! berkata, dia berjudi kerana mahu berseronok dan mendakwa mendapat keseronokan berganda apabila memenangi bonus permainan antara RM200 hingga RM300.
Cerita juruelektrik itu lagi, dia mula terjebak dengan judi tersebut pada tahun 1990-an ketika fenomena permainan judi mesin kuda berkembang.
Sejak itu, kata Sokfan, dia sukar berhenti bermain judi walaupun sudah berkali-kali kalah sehingga muflis akibat hilang wang pertaruhan.

Itulah hasil kerajaan Malaysia mendidik rakyatnya berjudi sejak merdeka sampai sekaraang. Cari duit hingga tidak peduli 'halal haram'. Kerajaan sendiri pun berjudi, bagaimana nak melarang rakyatnya hingga ketagih judi.

Bermula dengan sistem judi 'Loteri Kebajikan Masyarakat' untuk rakyat sejak mula merdeka, lumba kuda empat nombor ekor, hinggalah ke kasino-kasino gergasi sekarang. Kerajaan main judi bola, dan kepelbagaian judi-judi yang haram menurut Islam.

Begitu tarbiah kerajaan kepada rakyatnya, maka beginilah hasilnya. Kalau ditanam 'lalang' bagaimana boleh menghasilkan 'padi'?  (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.