`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 7, 2015

Badan perniagaan India mahu Dr M 'taubat'

  


Ketika perdana menteri terus berdiam diri terhadap asakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) hari ini tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.

Tidak menyentuh secara langsung serangan Mahathir, MAICCI menyindir beliau supaya melihat melihat wajah sendiri di cermin terlebih dahulu.

“Mahathir patut berhenti memburukkan PM dan lihat pada kelemahan diri sendiri ketika mentadbir negara ini,” kata Setiausaha Agung MAICCI Datuk M Davendran.

Dalam kenyataan hari ini, Davendran berkata Mahathir patut mendukung Najib sebagaimana beliau disokong oleh pendahulunya ketika memerintah.

Mengakui telah banyak perkara disumbangkan Mahathir, Davendran berkata “berbuat, berfikir dan bercakap secara baik” di samping “bertaubat” atas kesalahan pentadbirannya sebelum ini.

“Tolong ingat bahawa sebagai seorang negarawan, apa sahaja yang kamu kata akan dianggap 'maha benar' dan perkara negatif kamu kata akan beri lebih mudarat berbanding kebaikan kepada negara ini,” katanya.

Mahathir pada 2 April menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun ini.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu “mengarut” sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.