`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 5, 2015

Ayah Anwar Ibrahim Meninggal Dunia, Mahathir Dan Zahid Antar Yang Ziarah



KUALA LUMPUR: Ayah ketua parti pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman telah meninggal dunia pada awal pagi ini.

Dalam Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR itu berkata, “Untuk makluman semua ayah mertua Kak Wan, Datuk Ibrahim Abd Rahman (ayah Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah kembali ke rahmatullah jam 1.45pagi sebentar tadi”.

Buat masa ini, “pengebumian dijangkakan akan diadakan di Tanah Perkuburan sungai Ramal selepas zuhur,” kata Wan Azizah.

"Kali pertama DSAI dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan pemergian TGNA dan kini, ayahanda beliau," Dr Wan Azizah menulis dalam laman Facebooknya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.