`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 9, 2015

[Video] Mengejutkan... Kubah Masjid Nabawi bertukar merah!

Sebahagian kubah Masjid Nabawi tiba-tiba bertukar dari warna hijau menjadi warna merah menyebabkan suasana panik dikalangan jemaah dan pengunjung masjid tersebut.

Dalam satu video klip yang tersebar menunjukkan bahagian atas kubah tersebut bertukar warna dari hijau kepada warna merah. Kejadian berlaku pada waktu sembahyang Isya apabila kubah masjid mula bertukar warna merah menyebabkan suasana hingar bingar apabila mereka melihat warna kubah tersebut bertukar dari warna yang biasa dilihat sebelum ini.

Sehubungan dengan perkara tersebut Pengarah Perhubungan Awam dan Media Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Malik Alkhattab mengatakan pihaknya mendapati warna tersebut kemungkinan berpunca dari pancaran lampu dari menara cahaya yang sedang diuji sejak beberapa hari lalu bagi sambutan Ramadhan.

Ia berkemungkinan terkena papan billboard yang membiaskan cahaya dipermukaannya dan mengenai sebahagian kubah tersebut. Inilah sahaja penjelasan yang diperolehi setakat ini dari pihak Saudi tentang perkara tersebut. -petunjukzaman.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.