`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 7, 2015

Taktik terbaru pengusaha stesen minyak tipu pengguna?

Semalam seorang pengguna Facebook, Hasif Hasan, telah memuatnaik beberapa keping gambar di akaun Facebook miliknya yang mendakwa berlaku penipuan oleh pengusaha stesen minyak.

Hasif mendakwa semasa mengangkat nozzle untuk mengisi minyak tiba-tiba meter sen pam tersebut telah bergerak ke 36 sen walaupun belum berbuat apa-apa.
Saya membayar wang RM50 untuk mengisi minyak kereta saya di ******** pengkalan pasir, pasir mas, kelantan pada 6/3/15 jam 2.35 petang.

Bila saya mengangkat gagang minyak, tanpa mengisi minyak atau menekan picu pada pemegang, tiba tiba meter sen terus naik 36 sen tanpa saya berbuat apa apa dan minyak tidak setitik pon keluar.

Saya sudah maklum kpd staf dan staf kata mesin atau pum mereka ok. Siap mereka kata lagi saya sudah isi dah. Saya kata pada mereka setakat 36 sen saya tidak heran tapi saya tidak mahu orang lain tertipu. Patutnya staf ambil la aduan saya bukan terus kata pam mereka ok dan saya sudah isi minyak.

Saya baru angkat gagang dan bergerak meter, apa cerita??

Saya yakin ianya satu penipuan kepada pengguna. Harap pihak berwajib dapat menyiasat.

Terima kasih.
Sekiranya benar apa yang diperkatakan, RM0.36 untuk sebuah kenderaan, bayangkan kalau berlaku kepada sejumlah besar kenderaan!

Oleh itu pengguna perlu berwaspada dan pihak berwajib juga perlu memandang serius tentang perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.