`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 17, 2015

Tadika Ajar Hina Nabi Di Alor Setar?



ALOR SETAR - Sebuah tadika yang beroperasi sejak dua tahun lalu di pusat bandar di sini dilapor telah dikesan mengajar muridnya menghina Nabi.

Perkara itu disahkan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi yang menjelaskan murid terbabit tidak tahu apa-apa kerana mengikut apa sahaja yang diajarkan oleh guru.

Menurut beliau, perkara itu mendapat perhatian para waris murid yang menghantar anak-anak mereka belajar di situ dan merasakan sesuatu tidak kena mengenai pembelajaran di tadika terbabit.

“Kaedah yang digunakan guru tadika itu memang bijak. Mereka pandai ajar murid-murid lagu nasyid, puji Nabi, Allah dan sebagainya.

“Malah mereka (murid) juga mempraktikkan semula apa yang dipelajari di rumah. Tetapi di sebalik pujian itu ada cercaan terhadap Nabi,” katanya dalam satu kenyataan.

Abd Aziz berkata, tindakan guru terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan penyebaran fahaman dan agenda Syiah dalam kalangan kanak-kanak di tadika tersebut secara terancang.

“Pada saya ini adalah suatu tindakan yang terancang. Mereka menyasarkan golongan kanak-kanak untuk tujuan jangka masa panjang.

“Saya nasihatkan waris supaya segera keluarkan anak mereka dari situ. Banyak lagi tadika lain yang boleh dipercayai,” dedahnya lagi.

Beliau yang juga pensyarah di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) turut menggesa pihak Jabatan Agama Islam atau pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan tadika berkenaan.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera menutup tadika berkenaan. Malah setiap tenaga pengajar juga perlu disoal siasat,” gesa beliau.

Sementara itu, tinjauan media selama beberapa hari di tadika berkenaan mendapati ramai yang berkunjung ke situ dan beberapa kereta mewah turut berada di persekitaran tadika, dipercayai milik pengurusan tadika tersebut.

Beberapa waris murid ketika ditemui juga memaklumkan wujudnya rasa curiga dengan ilmu yang disampaikan guru di tadika anak-anak mereka itu.

“Kami tidak tahu apa yang dia (guru) ajar kepada mereka, tetapi anak-anak apabila balik rumah mereka menyanyi lagu nasyid.

“Ada juga kadang-kadang kami terdengar seolah-olah ada penghinaan kepada Nabi di tadika tetapi kami tidak pasti kesahihannya,” kata salah seorang dari mereka.

Difahamkan, tadika itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang melibatkan kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.

Selain pendedahan mengenai agama Islam, difahamkan bahawa tadika terbabit turut mengajar muridnya subjek lain seperti bahasa Melayu dan Inggeris, serta menawarkan pelbagai pakej pengajian serendah RM100 hingga RM800 sebulan.

kedahnews.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.