`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 10, 2015

Spesis Manusia Bodek Paling Bodoh Di Malaysia Akhirnya Ditemui

Hutang 1MBD bukan tanggungjawab kerajaan


SHAH ALAM – Hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan masalah kerajaan sebaliknya ia perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan syarikat itu termasuk lembaga pengarahnya.

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan tindakan perlu diambil kepada mana-mana pihak yang menyebabkan syarikat pembangunan itu mengalami kerugian.

Malah beliau turut menasihatkan agar tiada pihak yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut 1MDB.

“Saya menasihatkan mana-mana pihak agar jangan mengaitkan 1MDB dengan Perdana Menteri (kerana beliau) tidak ada kena mengena dengan sebarang urus niaga sama ada memberikan keuntungan dan kerugian kepada dana tersebut.

“Sebaliknya pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB kena tampil memberikan jawapan dan penjelasan bagaimana urus niaga dijalankan sehingga menanggung kerugian sebanyak itu. Mereka kena tampil memberitahu bagaimana dana awam tersebut diuruskan.

“Tindakan mengaitkan Perdana Menteri dalam isu kerugian 1MDB itu jelas bermotif fitnah dan seolah-olah mahu memberikan gambaran kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib. Padahal pihak pengurusan 1MDB yang perlu dipertanggungjawabkan dalam urus niaga syarikat terbabit,” katanya yang dipetik melalui artikel di blog Umno Cheras, baru-baru ini.

Beliau turut berpandangan tindakan sesetengah pihak yang meletakkan kesalahan itu kepada Najib sebagai tidak adil.

“Mana adil pihak berkenaan mahu menyalahkan Najib sedangkan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB senang-senang menerima gaji dan elaun bulanan.

“Mereka kena mengambil tanggungjawab atas semua dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB. Jangan hanya mahu melepaskan tengkuk masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengarahkan ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Najib berkata, Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang bersifat dwipartisan sepenuhnya.

Beliau juga berikrar bahawa sekiranya terbukti ada sebarang salah laku, 1MDB akan berdepan tindakan undang-undang. - sinar harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.