`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 15, 2015

Seram.. Penampakan Hantu Cermin Di Genting Highland


KEJADIAN paranormal dan mistik sering kali berjaya dirakam menerusi gajet terkini seperti kamera, telefon bimbit dan sebagainya.
Gambar bukti penampakan hantu sememangnya sering kali mencuri perhatian masyarakat untuk melihat dengan mata kepala sendiri tentang kewujudan makhluk halus itu.
Ini antara kisah seram tentang penampakan hantu cermin yang dikatakan berjaya dirakam di sebuah taman tema terkenal di Genting Highland.
Gambar ini dikatakan dirakam pada tahun lalu oleh rakan gadis di dalam gambar tersebut yang juga merupakan salah seorang pekerja dalam taman tema itu.
Gadis yang memilih untuk berposing berdekatan sebuah cermin besar dalam taman tema tersebut terkejut dan ketakutan selepas melihat gambar dirinya.
Mana tidaknya, terjadi suatu kejadian aneh di mana dalam gambar yang dirakam tersebut kelihatan ada seorang gadis yang berwajah sama seolah-olah memandang sinis ke arahnya.
hantu dalam cermin (1)
Jika difikir dengan logiknya, mana mungkin gambar tersebut terhasil sebegitu rupa kerana cermin sepatutnya memantulkan balik imej yang sama dilakukan oleh gadis itu dan bukan sebaliknya.
Muncul pula, desus-desus yang mendakwa kononnya kawasan itu sememangnya ‘keras’ dan berhantu hingga pelbagai versi cerita seram muncul ekoran gambar yang tersebar ini.
Begitu pun, tidak dinafikan ada juga individu-individu tertentu yang suka mencari publisiti murahan dengan mencipta kontroversi dan misteri tertentu.

Apa yang pasti, tiada siapa mampu menyangkal kewujudan makhluk ghaib itu di muka bumi ini.MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.