`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 29, 2015

SABAH NERAKA ATAU SYURGA BAGI PATI?

Penentangan terhadap kehadiran warga Pakistan di Sabah semakin panas


FOKUS SABAH: Rakyat Malaysia di negeri Sabah, bumi yang senantiasa dilanda masalah yang berpunca dari kehadiran ramai pendatang asing tanpa izin, sekarang ini bersedia menentang pendatang dari Pakistan pula, terutamanya mereka yang memegang pas lawatan sosial jangka panjang yang meragukan.


Malah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sendiri meluahkan kerisauan tentang kehadiran mereka dan beliau bingung mengapa begitu ramai warga Pakistan datang ke negeri ini berbanding di semenanjung atau Sarawak.

“Anda dapat melihat mereka di mana saja di dalam bandar dan ramai daripada mereka (warga Pakistan) di dalam negeri ini...kita tidak tahu mereka mempunyai dokumen yang sah atau sebaliknya,” kata Malanjun dan beliau mahu pihak berkuasa membuat pemeriksaan dokumen terhadap semua warga Pakistan yang berada di Sabah.

Hakim Besar dua negeri Borneo menyatakan komen ini di mahkamah di Kota Kinabalu pada 25 Mac semasa menghakimi kes melibatkan permohonan semakan semula oleh pendakwaan terhadap hukuman yang dikenakan kepada lima orang warga Pakistan kerana menggunakan visa dan pas lawatan sosial yang diterima menggunakan butiran palsu.

Pada ketika itu juga beliau berkata, “Saya ingin membuang persepsi yang ianya mudah buat warga asing masuk dan tinggal di negeri ini dengan dokumen yang salah.” Ketika prosiding, Malanjum memberi amaran kepada lima orang warga Pakistan di hadapan beliau supaya tidak sewenang-wenangnya masuk ke negeri itu jika mereka tiada dokumen yang sah.

“Jangan datang ke Sabah jika anda tidak mempunyai dokumen yang sah...berithu rakan anda atau tulis surat mengenai perkara ini...beritau mereka yang Sabah ini neraka,” beliau menambah.

Kes ini telah adalah susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penipuan duit-untuk-visa melibatkan kakitangan imigresen di pantai timur Sabah yang didedahkan pada Februari.

Laporan berita pada 7 Feb mendedahkan bahawa lapan pegawai imigresen, kebanyakannya rakyat Sabah, antara 11 orang yang ditahan oleh SPRM untuk disoalsiasat berhubung pengisuan pas lawatan sosial jangka panjang yang meragukan kepada warga Pakistan.

“SPRM telah menangkap kebanyak pelaku utama dan sedang menjejak mereka yang telah menggunakan perkhidmatan untuk mendapatkan pas lawatan sosial jangka panjang. Kami tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat kerana ini akan mengganggu siasatan terutamanya ramai yang telah mula menyorok,” seorang sumber SPRM memberitahu Daily Express.

Antara yang dipanggil untuk disoal siasat adalah tujuh pegawai daripada Jabatan Imigresen di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Seorang kerani wanita dan dua orang warga Pakistan, salah seorang yang dipercayai orang tengah penipuan ini, turut ditahan untuk disoal siasat.

Beberapa warga Pakistan juga dibawa untuk disoal siasat kerana mengaku telah mendapatkan visa mereka dengan butiran yang salah dan mendakwa mereka telah mengahwini wanita tempatan.

Ketika tahanan awal ke atas empat pegawai imigresen dan kerani wanita pada Februari, SPRM merampas dua cek berjumlah RM175,000 dan RM7,500 dalam serbuan di rumah suspek, dan merampas wang tunai sebanyak RM50,000 dan beberapa fail berkaitan dengan kes daripada pejabat imigresen Lahad Datu untuk siasatan.

Dalam kes di Kota Kinabalu minggu ini, Malanjum menyatakan bahawa sesetengah warga Pakistan mungkin terlibat dengan penyeludupan manusia. Untuk mencapai matlamat ini, beliau tertanya-tanya sama ada terdapat sindiket membawa masuk warga Pakistan ke Sabah atau orang di pihak berkuasa telah memanipulasi sistem imigresen.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nik Syahril Nik Abdul Rahman, yang turut hadir ketika prosiding, dilaporkan mengangguk tanda bersetuju. Malanjum kemudian menyoal setiap warga Pakistan di mahkamah bagaimana mereka memperolehi dokumen dan siapa yang membantu mereka mendapatkan dokumen.


Selepas mendengar dari mereka, Malanjum memanjangkan hukuman mereka. Selain lima orang warga Pakistan yang dibawa ke mahkamah yang mempunyai kaitan dengan penipuan visa, terdapat beberapa lagi warga Pakistan dijangka akan dibawa ke mahkamah di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Kakitangan imigresen yang terlibat dengan skandal terbaru duit-untuk-visa di Sabah ini, masih dalam siasatan oleh SPRM, dan Ketua Pengarah imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim telah berkata bahawa mereka tidak seharusnya mengharapkan sebarang simpati daripada ketua mereka.

“Mereka kini bersendirian. Jika didapati bersalah, mereka harus menanggung padahnya mengikut undang-undang,” beliau memberi amaran.

Ketua Menteri Datuk Musa Aman telah berkata bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi ke atas apa saja tindakan tidak berintegriti dan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh penjawat awam tanpa mengira jawatan.

Ketika memberi komen terhadap penahanan pegawai imigresen di Lahad Datu kerana disyaki memberi pas lawatan sosial jangka panjang yang diragui kepada warga asing, beliau menyokong jika disabit kesalahan, penalti maksimum haruslah dikenakan supaya memberi pengajaran kepada yang lain

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.