`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 28, 2015

Putera Charles Hadiahkan Sultan Johor BMW i8 Sempena Kemahkotaan?



Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang Putera Charles menghadiahkan kereta sport mewah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersempena hari kemahkotaan baginda tempoh hari.

Berita mengenai hadiah mewah daripada Putera dari Wales itu bermula apabila Brotherhood Johor memuat naik sekeping foto kereta sport jenis BMW model i8 yang berharga RM1.2 juta – RM1.4 juta di akaun Intagram.

Menerusi foto tersebut turut dinyatakan kapsyen, “Keakraban Kerajaan Johor – England. Putera Charles menghadiahkan sebuah kereta kepada DYMM Tuanku Sultan Johor Bersempena Dengan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor”.

Bagaimanapun menurut laporan Malaysian Digest (MD), foto tersebut tidak lama di akaun Instagram Brotherhood Johor kerana ia telah dipadamkan.

Laporan portal tersebut turut mendapat perhatian anakanda lelaki kedua Sultan Johor, Tunku Idris yang menafikan tentang hadiah tersebut.

Tunku Idris telah memuat naik sekeping foto iaitu (screen capture) laporan dari MD dengan menulis kapyen sinis yang berbunyi, “Strange how we are not aware of this. Guys its utter rubbish. I don’t mind another i8 tho haha.”

- astrogempak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.