`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 24, 2015

PM Najib Hampir Rebah ??


Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini dihimpit pelbagai kontroversi, dijangka berundur daripada kerusi perdana menteri lebih awal daripada tempoh setahun yang diramalkan, laporThe Economist.

Laporan itu muncul susulan kontroversi demi kontroversi yang semakin berlarutan melanda kepemimpinan beliau, khususnya hutang syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Beberapa pihak merasakan bahawa musuh beliau dalam Umno – sekarang dikatakan menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – perlu menunggu setahun lagi untuk mendapat sokongan penuh untuk mencabar kepimpinan.

“Tetapi mereka boleh memilih bergerak lebih awal daripada itu,” lapor mingguan niaga berpengaruh itu lagi.

Anjang: Allahlah yang Maha Mengetahui siapa yang akan naik, siapa yang akan turun. Yang pastinya beberapa tokoh terkenal telah pergi menghadap Allah. 

Muslim dan bukan muslim. Karpal Singh dan TG Nik Aziz. Ketua pembangkang pula didapati bersalah dan masuk penjara. Hj Hadi pula sedang menjadi sasaran mereka yang tidak bersetuju dengannya di dalam PAS juga selalu di’hentam’ oleh DAP. PR tampak lemah, BN pun tiada bezanya. 

Ditambah dengan isu kempen Sabah Sarawak keluar dari Malaysia. Lebih menggerunkan bila terdapat ramai rakyat Malaysia menyertai gerakan militan IS dan aktif mendoktrin pengikut melalui media sosial. Siapakah yang mampu menjadikan Malaysia “Baldatun Toiyibatun wa Robbun Ghafur?”
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.