`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 14, 2015

Perli Rosmah - Ini Respon Tunku Azizah - Bukti Rosmah Wanita Berbisa Di Malaysia.

Pada mulanya Tunku Azizah (Tengku Puan Pahang) = isteri Tengku Mahkota Pahang, upload satu gambar nasi bungkus dengan caption ;



And then status berkenaan menjadi viral di laman sosial. Ramai yang beranggapan ia ditujukan kepada Rosmah Mansur. Selepas berapa ketika, ia kecoh di portal berita alternatif pula. Dan, semakin ramai yang menyakini ia ditujukan kepada Rosmah Mansur tanpa ragu.

Selepas itu Tunku Azizah re-edit caption kerepada "There goes my diet".. dan memadamkan sebahagian yang lain.

Tindakan berkenaan lebih makan diri kerana persepsi yang lahir dari tindakan susulan lebih mencabar dari sebelumnya. Tunku Pahang dikatakan mungkin telah ditegur secara diam-diam oleh Rosmah Mansur yang akhirnya mendesak dia tunduk kepada tekanan dan tukar caption gambar berkenaan.

Ia tidak menyelesaikan apa yang telah kecoh.

Bahkan kenyataan Tunku di TWITTER kononnya dia dan Rosmah Mansur berkawan baik juga tidak dipedulikan oleh pengguna media sosial. Yang lebih teruk, Tunku 'dikenakan' oleh pengguna media sosial.

Lihat ;


Tanpa sebut nama, Tunku sendiri reply dan beranggapan wanita boros itu ialah Rosmah Mansur. Macam mana? Oleh kerana Tunku sendiri claim dia dan Rosmah berkawan baik maka mungkin secara tak tersengaja Tunku sendiri memahami sikap negatif kawannya itu si kaki boros?

Baikla. Ini bukan posting sindir Tunku. Sebaliknya Tunku sendiri terkesan dengan penyebaran berkaitan keterangan bergambar di laman Instagram sehingga memaksanya menutup laman tersebut. Bahkan account twitternya kini juga diset private. Hanya boleh diakses oleh mereka-mereka yang difollow Tunku semata-mata.

Nampak gayanya sesuatu telah berlaku sehingga memaksa Tunku bertindak sedemikian. Soal apa, kenapa dan siapa?

Adakah benar Rosmah Mansur wanita berpengaruh dan berkuasa di Malaysia?

Tunku Puan Pahang isteri kepada Tengku Mahkota Pahang pun kalah dan tak terbanding dari segi pengaruh?

Kalau betul macam tue maka memang power la Rosmah Mansur kau neh. Patutlah jelingan mata Rosmah je pun dah buat aku rasa sheram..

Apa-apa pun, Tunku Puan Pahang sebenarnya salah seorang kerabat diraja yang mempunyai sikap yang baik dan mesra kepada rakyat. Antara penglibatan Tunku ialah membantu mereka2 yang kurang berkemampuan untuk memiliki zuriat dengan menaja kos perubatan bagi mendapatkan zuriat. Kos mendapatkan zuriat seperti yang kita sedia maklum adalah MAHAL NAK MAMPOS kat negara neh. Dan Tunku ada tubuhkan yayasan bagi membantu mereka2 yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan zuriat bagi mendapatkan zuriat. TAFF ataupun Yayasan Fertility Tunku Azizah ialah foundation yang ditubuhkan Tunku bagi membantu pasangan-pasangan yang kurang berkemampuan mendapatkan zuriat. Bagi aku memang bagus la yayasan neh dibandingkan dengan PERMATA ROSMAH yang sampai sekarang aku kurang faham tentang keberhasilan dan kejayaan program berkenaan.

Ha Ha Ha.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.