`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 19, 2015

Najib Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Hudud - Liow



KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman rasmi pendirian BN berhubung pindaan Enakmen Jenayah Syariah 1993 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis. 

"Mengenai isu hudud, kami telah berbincang dan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita di Parlimen. 

Beliau berkata Perdana Menteri dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada Jumaat. 

Terdahulu, Liow bersama semua 13 Presiden parti komponen BN menyatakan sokongan penuh kepada Najib. 

mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.