`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 25, 2015

MIC PULA NYATAKAN PEGANGAN TOLAK HUDUD


Selepas DAP, MCA dan GERAKAN, giliran MIC pula muncul untuk menolak pelaksanaan hukum hudud.
  
Menurut Presidennya, Datuk Seri G Palanivel, tiada sebab untuk MIC menyokong pelaksanaan hudud yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat bukan Islam.
  
"Kami sependapat dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, iaitu MCA dan GERAKAN, yang tegas menolak hukum hudud.
  
"Kita menentang dan tidak boleh sokong. Ini tidak bagus kepada negara dan menentang perlembagaan," katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Minum Petang bersama pemimpin dan ahli MIC Pulau Pinang di Butterworth pada Isnin.
  
Palanivel berkata, beliau akan memberikan kenyataan penuh berhubung isu pelaksanaan hukum hudud selepas sidang Dewan Rakyat berakhir.
  
Isu hukum hudud yang dibentangkan kerajaan PAS Kelantan minggu lalu terus menjadi polemik kepada parti yang didominan oleh kaum bukan Islam di negara ini, termasuk parti komponen dalam BN.
  
Ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada ia berjaya dilaksanakan di Malaysia atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.