`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 23, 2015

Makcik Ini Diburu Polis Kerana Menjadi Pembuli Jalanraya.

Ya tuhan.

Selalunya pembuli jalanraya ialah lelaki. Selain dari kes Kiki yang istimewa, selalunya pembuli jalanraya mesti dari kaum lelaki tanpa kira bangsa dan agama.

Tapi dalam kes buli jalanraya yang terkini di Sarawak, pembuli jalanraya yang diburu polis ialah seorang makcik.

Berikut gambar yang tersebar ;

 
Berikut adalah berita berkaitan ;



Polis sedang memburu seorang wanita yang didakwa mencederakan seorang wanita Perancis di Jalan Krokop 10 di sini semalam.    

Kejadian itu yang berlaku kira-kira 11 pagi turut menjadi viral dalam laman sosial.    Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa yang berusia 44 tahun menetap di sini bersama suaminya yang juga warga Perancis dan bertugas sebagai juruterbang.    

Laporan polis telah dibuat. "Mangsa mendakwa suspek telah mengundur keretanya dan hampir melanggar ibu mangsa yang sedang berada di belakang kereta mangsa. "Mangsa telah berteriak kepada suspek bagi memberi amaran mengenai kehadiran ibunya di belakang kereta suspek.    

"Namun suspek keluar dari keretanya dengan membawa payung dan terus meludah kepada mangsa," katanya sambil menambah mangsa mendakwa dipukul sehingga dia cedera di kepala dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.    

Tian Kee berkata, kereta suspek didapati didaftar di bawah sebuah syarikat katering.    Kes merupakan kali kedua di Sarawak bulan ini dan tersebar melalui media sosial.

Apa la nak marah sangat bila tindakan kita berhentikan mengundur kereta sebenarnya satu tindakan untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan? Tak faham betul aku. Mungkin kita patut dengar juga penjelasan dari makcik tersebut. Kot2 ada perkara yang kita terlepas pandang ke. Untuk rekod, jika Kiki digelar Kiki the stereng lock, maka makcik yang meludah dan mencederakan warga asing dengan payung ini pula digelar makcik payung, gangster payung dan makcik the payungwoman di pelbagai laman sosial bagi menyindir tindakannya yang membuli warga asing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.