`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 13, 2015

Laporan polis isu kekayaan luar biasa keluarga Perdana Menteri


Image result for Laporan polis isu kekayaan luar biasa keluarga Perdana Menteri Najib
LAPORAN New York Times mendedahkan anak tiri Perdana Menteri bernama Riza Aziz dan rakan karibnya Jho Lo yang juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri telah membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dengan nilai AS$81.55 juta atau RM290.48 juta juta.

2. Di antara hartanah yang dilaporkan dibeli tersebut ialah:

i) 1 unit apartment di Park Laurel Condominium di Manhattan New York dengan harga AS$23.98 juta dibeli pada tahun 2010 oleh Jho Lo. Kemudian pada tahun 2013 unit ini dijual kepada syarikat milik Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dengan harga AS$33.5 juta atau RM117.25 juta.

ii) Jho Lo telah membeli sebuah hartanah di Beverly Hills, Hollywood berkeluasan 11573 kaki persegi pada harga AS$17.5 juta atau RM61.25 juta pada tahun 2010. Kemudian dijual kepada Riza Aziz.

iii) Pada tahun 2011 Jho Lo membeli seunit penthouse di Time Warner Center Condominium di New York dengan harta AS$30.55 juta atau RM106.92 juta.

3. Kemusykilan berlaku daripada manakah sumber kewangan yang diperolehi oleh Riza Aziz dan Jho Lo untuk membeli hartanah tersebut. Riza Aziz dilaporkan pernah bekerja di HSBC bank. Namun gaji beliau tidak memungkinkan beliau mampu membeli kekayaan luar biasa sebegitu. Manakala Jho Lo pula dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri. Pendedahan seorang kakitangan di hartanah yang dibeli Jho Lo melaporkan bahawa beliau pernah mendakwa membeli hartanah tersebut bagi pihak pelabur dan bukan menggunakan wangnya dan salah seorang pelabur itu pernah disebut keluarga Perdana Menteri Malaysia.

4. Akhbar itu juga melaporkan bahawa Jho Lo mempunyai hubungan intim dengan Riza Aziz sejak sama-sama belajar di London. Begitu juga hubungannya sangat baik dengan ibu Riza iaitu Datin Seri Rosmah Mansur. 

5. Pejabat Perdana Menteri telah mengelurkan jawapan bahawa kekayaan luar biasa itu kerana Perdana Menteri lama terlibat dalam kerajaan dan bapanya Tun Razak juga meninggalkan harta keluarga yang banyak. Namun jawapan rasmi Pejabat Perdana Menteri ini tidak menafikan wujudnya kekayaan luar biasa tersebut. Timbul keraguan apabila empat adik beradik Perdana Menteri membuat penafian bahawa bapa mereka Tun Razak ada meninggalkan harta yang banyak. 

6. Oleh sebab adanya keraguan terhadap punca kewangan tersebut, kami melaporkan kepada pihak polis supaya diadakan satu siasatan terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan keluarganya berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang disabitkan dengan keluarganya.

Laporan dibuat oleh:

Mohd Nasaie Ismail
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Malaysia

Di Balai Polis Dang Wangi
Pukul 3.30PM
12 Mac 2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.