`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 13, 2015

Jururawat di Jertih Ditampar Dan Diugut Bunuh Oleh Bapa Pesakit

JERTIH - Seorang jururawat berusia 28 tahun bukan sahaja terima maki hamun, malah dia juga ditolak dan ditampar oleh bapa kepada seorang pesakitnya.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat kesihatan di bandar Jertih Jururawat ynang menjadi mangsa itu kini hidup dalam ketakutan setelah diugut akan ditetak jika dia membuat laporan polis.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 5 pagi di mana mangsa ketika itu bertugas di bahagian unit kecemasan pusat rawatan tersebut menerima seorang bayi perempuan berusia empat bulan sebagai pesakit.

Menurutnya, mangsa telah mendapat arahan dari doktor bertugas supaya memasukkan 'Intarvaneous' seta mengambil sampel darah.Setelah selesai urusan tersebut, bapa bayi itu secara tiba-tiba menjerit dan memarahi jururawat tersebut sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

"Bukan itu saja, bapa pesakit mengarahkan mangsa membuka segala peralatan yang dipasang sambil memaklumkan tidak boleh melihat anaknya diperlakukan sedemikian," katanya.

Sumber : TheHypeMedia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.