`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 29, 2015

Jangan persoal waktu tangkapan Khalid Samad, kata KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersenyum ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mac, 2015.Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersenyum ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mac, 2015.
Tindakan menahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad awal pagi ini tidak perlu dipersoalkan kerana polis bebas menjalankan tugas tanpa had masa tertentu, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua polis negara (KPN) itu berkata, polis akan sentiasa menjalankan tugas dan sesiapa yang terlibat dalam kegiatan menghasut akan ditahan.
"Itu tak payahlah tanya bila nak tahan orang. Takkan itu pun nak tanya? Kita akan ambil tindakan bila-bila masa pun. Siang malam, pagi petang, kita akan jalankan tanggungjawab kita.
Khalid Samad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ditahan polis awal pagi ini selepas terlibat dalam himpunan #KitaLawan semalam.
Bagaimanapun, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman.
Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap smlm dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan."
Sementara itu, Khalid Abu Bakar yang juga merupakan timbalan pengerusi MCPF, berkata polis menghormati Perlembagaan namun tidak akan membiarkan kebebasan menghasut menular.
"Hanya kerana keputusan mahkamah tidak berpihak kepada kumpulan tertentu, itu tidak memberi mereka kebebasan untuk menghasut.
"Polis menghormati kebebasan meluahkan pandangan dan kebebasan berucap seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.
"Tetapi kita tidak akan membenarkan kebebasan menghasut, tidak menghormati sistem yang diwujudkan melalui Perlembagaan mengikuti semua yang diikuti undang-undang. Itu kita tidak boleh berkompromi," katanya.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis ditahan polis sebelum ini menjelang perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa menjadi yang pertama ditangkap selepas perhimpunan aman itu, dan dikatakan ditahan mengikut Akta Hasutan.
Perhimpunan semalam dihadiri kurang daripada 1,000 orang dan berakhir lebih kurang pukul 7 petang.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.