`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 3, 2015

Huh ?? Apa ?? JAKIM Simpan Senarai Hadis Palsu !!


Jakim akan keluarkan senarai hadis palsu

SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH  |  26 Februari 2015 3:16 PM
 
PUTRAJAYA 26 Feb. - (Jakim) akan mengeluarkan senarai penuh hadis palsu dalam laman webnya 

Jamil Khir Baharom kata, ..pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan hadis palsu bagi menggugat kententeraman awam.
 
hadis yang direka iaitu bukan daripada Rasulullah.
.Jakim akan menggembleng kepakaran dengan Majlis Agama Islam negeri 

menggunakan hadis palsu akhirnya boleh menjurus ke arah fahaman seperti kumpulan militan ..dan menyentuh soal akidah,” katanya.
 
 - UTUSAN ONLINE

ends. 

My comments : Pula !! Habis dulu nak marah sangat Kassim Ahmad pasal apa? 

Kassim tak tolak hadis pun.  Kassim kata dia mahu 'menilai semula hadis'. Sebab tu dia letak nama buku dia 'Hadis Satu Penilaian Semula'. 
Sekarang JAKIM sendiri mai khabar ada juga hadis-hadis palsu. Dan JAKIM simpan senarai hadis palsu ini pula. Elok lah tu.

Ok brader JAKIM. Saya nak tanya sikit. Kalau Jakim dah kenal pasti hadis-hadis palsu ini, maka hadis palsu ini dah wujud sejak berapa lama dah? 1000 tahun? 1400 tahun? 1200 tahun? Because for sure 'hadis-hadis palsu' ini bukan direka pada tahun 1960an atau 1970an.

Soalannya pasal apa baru sekarang JAKIM nak kasi heboh kat orang ramai ada senarai hadis palsu ? Pasal apa tak bagi tau dari awal lagi? 

Contohnya pada tahun 1986 bila Kassim Ahmad kata dia mau 'menilai semula' hadis kenapa Jakim tak kasi tau pada semua orang pada masa itu  "Ya perkara ini boleh dibincang sebab kami pun ada senarai hadis hadis palsu"?

Dah berapa generasi otak bebudak kampong dan ostad kampong dah jadi haprak. Polis kata berpuluh bebudak Malaysia dah pi jihad di Syria bersama ISIS. Baru sekarang Jakim nak bocor senarai hadis palsu? Baru celik ke? 

Ok saya ada soalan lagi. Macam mana orang Islam sedunia nak tahu hadis yang Jakim kata palsu itu betul-betul palsu? Macam mana JAKIM boleh confirm? 

Because kalau tersilap nanti orang boleh cop kita sebagai "anti hadis". So kepada brader JAKIM, better be careful what you say.

So kena confirm betul-betul. Kena semak betul-betul. Jangan main-main menuduh hadis ini palsu atau hadis itu palsu.

Sebab orang boleh tanya Jakim ni betul faham sangat ke pasal agama? 

Soalan ini garenti akan timbul sebab ikut para ostad, tauliah atau qualification itu penting. Orang yang pakar saja boleh cakap pasal agama dan hadis. Ini ikut cakap ostad lah.

(Sebab itu saya OSTB jarang sekali cakap sebab agama ataupun hadis. Saya faham sikit pasal Al Quran dan Islam saja.  Bab agama dan bab hadis ini saya kurang pakar.)

Saya bagi sikit lagi contoh. Di bawah ini gambar Khalifah ad Daulah Islamiyah Al Iraq Wal Shams Wal Alamiyah  Seyyed Abu Bakar Bahgdaaadi. 


Bukan gerun tapi kelakar  tengok muka dia yang hodoh. Sebiji serupa gedebeh tukang pancung kepala. Tak ada cahaya nur langsung pada wajah yang berupa marah, garang dan hodoh ini. Tapi dia kata dia khalifah. Cool brader. Saya pun khalifah juga. Semua manusia adalah khalifah. Itu kalau ikut Al Quran lah. 

Kalau tak mau percaya Quran, that is your problem, setan.

Tapi inilah dia Khalifah ISIS yang gila auta yang sekarang di tuduh mengikuti hadis palsu.

Can you imagine - Jakim sebenarnya tuduh Khalifah Baghdaaadi ikut hadis palsu !! Fuiyyo.

Tapi berbanding dengan Jakim : 
  • Khalifah ni keturunan Arab
  • Bahasa ibundanya Arab. 
  • Lulus PhD agama dalam bahasa Arab. 
  • Belajar agama di tanah Arab. 
  • Dilahirkan dan dibesarkan di Iraq tempat sahabat Nabi 
  • Dia sama keturunan dengan nabi bangsa Arab. 
  • Dia makan roti nan kemungkinan besar macam nabi Arab
  • Dia makan nasi beriani pun kemungkinan besar macam nabi Arab. 

Saya rasa Khalifah Baghdaadi ini tak reti makan sambal petai, budu dan tempoyak. I dont think so.  Sekolah pondok di Selama, Perak semua paling jauh dari Iraq.  

So, siapa lebih dekat dengan fahaman agama orang Arab, lebih dekat dengan warisan 'pancung kepala' orang Arab dan sebagainya?  Khalifah Baghdaadi atau siapa lagi?
So kalau Jakim boleh berani kata Khalifah ni dan pengikut dia mengikut hadis palsu, maka Jakim mesti ada dalil yang sangat kuat. 

Kalau begitu Alhamdulillah lah. Lagi mudah bagi kita mencari pencerahan.

Jadi berbanding dengan tauliah dan kepakaran Khalifah Abu Bakar Baghdaadi, Jakim masih boleh membuat satu senarai 'hadis - hadis palsu' untuk menuduh  Khalifah Baghdaaadi dan pengikut serta penyokongnya sebagai sesat. 

Sekali lagi Alhamdulillah. Kita berterima kasih kepada Jakim.

Cuma yang boleh jadi complicated ialah bahawasanya agama itu bermazhab.  

Jadi kalau hadis itu dianggap palsu, maka palsu ikut pandangan mazhab mana? 

Sebab jika ada sesuatu hadis dianggap palsu oleh fikrah yang satu, tidak semesti fikrah lain akan juga sokongnya sebagai  palsu. Dan seterusnya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.