`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 29, 2015

GST perlu untuk tampung kenaikkan gaji Menteri dan Kakitangan awam?


Dah lebih 56 tahun negara kita merdeka, boleh dikatakan setiap tahun gaji Kakitangan Kerajaan akan dinaikkan.. sikit sebanyak tetap naik..

Dalam masa 56 tahun yang telah berlalu itu Kerajaan mampu menampung kenaikkan gaji Kakitangan awam itu tanpa melaksanakan GST..

Tiba-tiba hari ini Menteri kata GST perlu untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah...

Sebenarnya nak bayar gaji yang bertambah atau nak bayar hutang yang bertambah? 

Kalau dibandingkan pentadbiran Najib dan Tun Mahathir.. semasa mantan perdana menteri kita,Tun Mahathir memerintah Malaysia selama lebih 20 tahun,rakyat tidak pernah pun mengenal sebutan GST.

Setiap tahun ekonomi Malaysia masih boleh berkembang walaupun pernah melalui beberapa kali kegawatan ekonomi dunia..

Tapi rakyat tak dikenakan GST... kenapa? 

Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.

"Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini.

Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST.

Mustapa yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya.

Sementara itu di Bachok, Mustapa mahu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir.

Kerjasama dalam sektor ekonomi adalah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak ~ The Malaysian Insider

Itu pun macai nak pertahan Najib lagi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.