`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 4, 2015

GEMPAR! KAZIM ELIAS DITENDANG DI PERLIS GARA-GARA MEMBACA RIWAYAT PALSU! (VIDEO).

Rupanya mendapat gelaran Datuk dan ustaz selebriti tidak menjadikan Kazim Elias lebih murah rezeki. Baru-baru ini tersebar di laman-laman sosial surat yang tidak mebenarkan Kazim Elias menjadi ahli penal Forum Perdana Ehwal Islam di Perlis kerana didakwa terlibat dengan pembacaan riwayat-riwaayat palsu.

Surat itu ditandatangani oleh Dr Mohd Asri, Mufti Perlis.


Adeh...

Sudah berapa lama Kazim Elias terlibat dengan pembacaan riwayat palsu ini? 

Soalan ini Yong ajukan pada pengunjung, sebab Yong tidak mengikuti ceramah Kazim Elias. Bukan dia sahaja Yong tak ikuti, kerana pada asasnya Yong tak suka ustaz sampul. Tak kira dia ustaz PAS atau ustaz UMNO.

Di bawah ini ada sebuah video yang membuktikan Kazim Elias membaca riwayat palsu:


Dalam video itu Kazim Elias menyebut Nabi Muhammad kenduri goreng buah kurma cicah tepung dan roti jala cicah dengan kuah kari.

Petikan halaman yang dipertikai:

SUMBER: DR MAZA
Kazim Elias telah mempertahankan ceramahnya di sini.

Tapi nampaknya metafora roti jala Kazim Elias telah memakan tuan.

P.S. Untuk makluman peminat-peminat Kazim Elias, dia bukan di "ban" dari berceramah di Perlis. Tapi, apapun fikir-fikirlah sendiri sebelum menjemput dia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.