`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 7, 2015

Bukan Usaha Terancang.....bah. 2

Image result for 1mdb

Bertempiaran budak2 UMNO hendak jawab soalan2 keatas 1MDB. Apa fundamentals yang kuat ada pada 1MDB? Kalau dia jual asset seperti IPP yang dibeli dari Tanjung Eergy dan Genting, boleh dia dapat kembali RM10 billion? Tempoh kontrak dah habis, kualiti asset pasti sudah menurun.Jual tanah TRX dan Sungai Besi?

Yang saya pelik, 1MDB syarikat milik kerajaan terpaksa bayar untuk goodwill yang ada pada 2 syarikat swasta. Goodwill ini ialah hubungan baik dengan kerajaan. 1MDB tidak mampu mendapat goodwill untuk nya sendiri? 

Letrik yang dua IPP jual, dijual kepada TNB bukan dengan pihak lain. Jadi bagaimana goodwill itu dinilai? Adakah nilai goodwill ini termasuk bakshish dan sokongan kepada broker2 yang facilitate pembelian dan penjualan IPP Genting dan Tanjung?

1MDB rupa2 nya tidak berupaya mendapat goodwill seperti yang diperolehi oleh Tanjung dan Genting. Tanjung dan Genting milik bukan Melayu- mereka lagi senang nak dapat goodwill dari syarikat yang dikuasai oleh kerajaan Melayu dan oleh pemimpin Melayu.

GLC tak suka deal dengan orang Melayu sebetulnya.

Reality nya- kalau budak2 hingusan UMNO nak tahu- pemimpin UMNO suka buat bisness dengan bukan Melayu. Kalau dengan Melayu tak dapat pelincir dan Melayu suka bercerita sana sini. Sesama Melayu tak boleh buat nakal2. Dengan bangsa lain, boleh buat apa sahaja.

Kita orang Melayu kena ubah sikap. Kita jangan ikut sikap orang dan penyokong UMNO. Sikap orang UMNO dan orang Melayu yang hendak mereka pengaruhi ialah biarkan musibah itu berlaku, baru kita bertindak. Apabila sudah terjadi, tidaklah guna lagi.

Dalam hal in, petanda musibah dan malapetaka  banyak sangat. Patutkah sebuah sarikat yang hanya ada modal berbayar RM1 juta, mempunyai gearing 46,000 kali ganda? Ini gila punya kerja. Adakah syarikat ini mempunyai cash flow yang boleh membayar coupon rate dan faedah pinjaman lain? 1MDB tidak mempunyai cukup income dari operasi untuk bayar hutang.

Adakah patut syarikat ini dijamin oleh kerajaan dalam transaksi yang tidak telus?
Mengapa banyak tranksaksi melibatkan Jho Low? Geliga sangat kah otak anak cina ini? Lihatlah- pemimpin terbesar UMNO- dia buat bisnes dengan Cina. Sama seperti dia beri kontrak membina MRT Ampang- juga kepada Cina.

Jadi kita orang melayu yang tidak sokong UMNO mesti sedar hipokrasi puak2 UMNO- rakyat bawahan disuruh gaduh sama sendiri dan mereka tanam syak wasangka dan curiga. Orang atasan Melayu tidur bersama cukong2 Cina.

Jika matlamat syarikat ini ialah membawa pelaburan kedalam negara, sila jawab soalan yang paling asas- kenapa simpan wang didalam akaun bank persisir? Kecuali  hendak launder money atau simpan wang haram dalam akaun.

Dah ada petanda yang mencurigakan, budak2 UMNO kata- kita mesti percaya pada judgment PM.

Reality nya: semakin ramai orang tidak percaya kepada Najib. Fakta asas ini amat sukar difahami mengapa?

Lagi soalan yang mahu rakyat tanya. Adakah Jho Low menyalah gunakan taraf dan status 1MDB sebagai Dana Berdaulat untuk membida pembelian keatas 3 buah hotel ternama di London? Mengapakah 1MDB seperti dibuktikan oleh Sarawak Report melalui dokumen mahkamah, memberi surat sokongan kepada syarikat milik Jho Low? Apakah kaitan istimewa antara budak Cina ini dengan 1MDB, dengan PM Najib atau dengan isteri Perdana Menteri?

Supaya orang UMNO jangan lupa, Jho Low ini bangsa nya Cina- kumpulan yang UMNO suruh orang Melayu gaduh. Orang atasan main dengan Cina, orang bawahan disuruh balun Cina.  

Sekali lagi, sementara rakya digalak berkelahi dengan orang Cina lain, pembesar negara bersekongkol dengan orang Cina. Inilah yang orang kata- berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing buruan.

Benarkah Jho Low/Paris Hilton menyalahguna wang 1MDB untuk membeli sebuah bank yang pernah dimiliki oleh seoarang bekas Ketua Menteri Sarawak pada harga yang menakjubkan padahal penjualan bank tersebut tidak mendapat sambutan dari pihak lain?

Dalam transaksi itu, berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Jho Low daripada urusniaga tersembunyi seperti ini? Dan adakah Jho Low melakukan pecah amanah dan penipuan dengan wang milik 1MDB? 

Jika bank itu dibeli, adakah urusniaga tersebut hasil dari financial frolic peribadi diluar pengetahuan 1MDB? Almaklum sahajalah di Malaysia ini, anggota polis pun boleh on a frolic of their own, rasa hari ini nak tembak dan bunuh orang. Jho Low pun on a frolic of his own, rasa hari ini aku nak beli bank lah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.