`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 16, 2015

Bisnes Najis Zina Sudah 2 Bulan, Pihak Berwajib Buta?

Warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan di sebuah rumah urut..

KL:  INI, lagi bisnes najis zina, haram dari kacamata agama bagi negara Persekutuan ini, dan haram tiada lesen perniagaan se sudah dua bulan lalu beroperasi. Apa pihak berwajib negara ini sudah buta?

Hal ini dipersoalkan, apabila Berita Harian mendedahkan... 

"Tayangan video lucah kepada pelanggan sebelum menawarkan perkhidmatan seks, itulah taktik yang dikesan berlaku di sebuah pusat urut di Jalan Radin Anum, Sri Petaling di sini, untuk menarik pelanggan.

"Bagi membangkitkan lagi rasa ghairah, pelanggan akan disajikan pelbagai jenis tayangan ‘istimewa’ sementara menunggu wanita pilihan mereka. Bagaimanapun, taktik menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan pasukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) pada malam tadi." Lapor Berita Harian.

Operasi yang diketuai Superitendan Fazlisyam Abd Majid pada jam 10.30 malam itu berjaya menahan 20 wanita warga asing membabitkan 11 warga Vietnam, enam warga Thailand dan tiga warga Indonesia. Turut ditahan, 10 pekerja tempatan.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan pelanggan memilih pekerja wanita yang mereka mahu di tingkat tiga sebelum membawa mereka ke tingkat dua untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Malah, pemilik premis turut didapati menayangkan video lucah di sekitar aras berkenaan dipercayai bagi menarik pelanggan. Harga yang ditawarkan untuk perkhidmatan urut dan seks adalah RM180,” katanya kepada BH sejurus selesai operasi.

Katanya, siasatan pihaknya turut mendapati terdapat laluan rahsia di tingkat tiga yang dihubungkan hingga ke tingkat bawah bagi membolehkan pekerja melarikan diri sekiranya terdapat serbuan.

“Premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan  ini didapati beroperasi secara haram sekitar dua bulan lalu.
“Pemilik didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372 (A) dan 372 (B) Kanun Keseksaan serta kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katannya.

Dalam operasi yang disertai empat pegawai dan 12 anggota itu juga, polis turut merampas beberapa kotak kondom, pelincir, tiga telefon bimbit, kondom terpakai, resit urus niaga dan wang tunai, lapor Berita Harian lagi.

Apakah pihak berwajib masih buta dan tambah pekak lagi? (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.