`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 15, 2015

Azmin mampu beli Ferrari baru untuk Afifa dari duit kenaikkan air


KENYATAAN MEDIA
13 MAC 2015

PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR PERLU DITERUSKAN TETAPI TIDAK MELEBIHI RM9.65 BILION
Bagi pihak rakyat Selangor, saya meyeru Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan sebarang pertikaian untuk stikan Perjanjian Utama (HOA) penyusunan semula industri air Negeri Selangor yang telah ditandatangani pada tahun lalu dapat diteruskan.


Saya percaya bahawa isu pemilikan tanah - yang kononnya dinyatakan sebagai alasan untuk Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian air – boleh diselesaikan jika semua pertikaian itu dibawa ke meja rundingan.

Saya telah berjumpa dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau dan beliau memberi jaminan bahawa Kementeriannya akan berusaha untuk melaksanakan perjanjian itu bagi memberi laluan kepada penyelesaian isu air secara holistik seperti yang dihasratkan melalui Akta Perkidmatan Industri Air 2006.


Kegagalan meneruskan perjanjian itu akan membawa banyak kesan antaranya risiko kehilangan peluang Kerajaan Selangor untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah di atas kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung tarif air yang tinggi akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah dan gagal mengutamakan kepentingan rakyat.




Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, Kerajaan Selangor kemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu air setiap bulan yang telah dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana.

Rakyat dibabikan Azmin Datum Jelatek

Selain itu, peluang ini juga akan membolehkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52% pada 2015 seperti yang dibenarkan mengikut Perjanjian Penswastaan. Malah lebih buruk lagi, Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.

Ini jelas menunjukkan Kerajaan Selangor akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan dan saya amat berharap kepimpinan kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan dilakukan selepas ini.

Saya juga hairan apabila dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hari ini telah mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi SPLASH. Perkara ini nampaknya bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di Selangor apabila penstrukturan air dimuktamadkan.

Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih dari jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion.

Walaupun penting untuk penyusunan semula industri air berjaya tetapi rakyat juga perlu dingatkan bahawa harga pengambilalihan ekuiti daripada empat syarikat konsesi air mesti tidak melebihi RM9.65 bilion seperti yang telah dipersetujui. Jika harga yang ditawarkan melebihi jumlah itu ia seolah-olah merompak hasil kekayaan rakyat untuk mengkayakan konsesi yang tamak.

 -- TS Khalid Ibrahim

Mat Taib nego dengan Azmin ka? Dengar Anwar pernah nego dengan seseorang di MRCB bldg Shah Alam

Secara tak langsung, Khalid memberi hint bahawa air akan dinaikkan oleh SPLASH yang telah diberi lesen oleh kerajaan negeri. 

Maknanya bila surcaj air naik, kerajaan selangor ada arrangement untuk kaut duit. Samil menyelam, adalah yang akan minum air sekali. Ini cerita banyak air.

Azmin mungkin ampu belikan Ferrari baru untuk Afifa anak Anwar.

Kenapa kami curigai ada orang bakal seperti kata Khalid buat duit berlebih-lebihan sini???? 

Mat Taib PAS Piss Pus diam sajer. Razali Ismail dapat macam-macam konsesi air ketika zaman Mat Taib dan ada pihak tuduh Mat Taib ada kebenaran ...... 

Kalau Mat Taib tak bersuara, bermakna dia tengah bersyukur ... Alhamduliilah sambil sedawa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.