`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 10, 2015

154 Ketua UMNO Bahagian- bukan mereka yang boleh mensucikan 1MDB



2 orang watak dumb and dumber UMNO- pertama Adenan Mansur dan keduanya, Bung Mokhtar dengan berani mengatakan syarikat stratejik 1MDB bagus. 

Bung mokhtar kata- assets lebih dari tanggungan- 1MDB akan untung. Adenan Manzur kata 1MDB ialah angsa yang menghasilkan telur emas. Telur emas untuk siapa? untuk Jho Lo dan penaung nya? untuk Paris Hilton?

Jual lah assets, kita tengok boleh cover tak liability. Belian asets semua mengandungi elemen penambahan harga untuk komisyen, sumbangan dan bakshish….cuba jual kalau boleh dapat harga serupa.

Sekarang kita tahu, apa budak2 korporat umno buat. Dia orang beli asset dari kerajaan, cuba berniaga setelah balun komisyen dari pemalsuan harga, dan kemudian setelah sesak, jual kembali kepada kerajaan.

Projek2 kerajaan UMNO hanya pusingan mencuri wang rakyat. Itu yang budak2 umno buat dan sekarang jurucakap mereka , dumb dan dumber UMNO kata- 1MDB baik . Itulah Melayu UMNO- akan pertahankan sehingga tetesan darah terakhir- hak untuk menkesploitasi dan hak dapat duit free.

Lihatlah Najib berani kata mereka- dia telah arah ketua odit negara menyelidik akaun dan urus niaga 1MDB. Inilah Presiden UMNO terbaik. Dr Mahathir pun tak sebaik Najib. Mahathir cakap banyak- masa dia korapsi lebih teruk.

Jadi daripada kita sibuk akan  index maqasid shar'iyah- baik ada index al rasuwah.

Setelah hutang mencecah RM46 billion baru hendak suruh. Setelah kena belasah baru hendak suruh. Rumah dia siap, pahat baru hendak berbunyi.

Nak suruh periksa apa? Dokumen dan email beribu ribu. Data dalam komuter dihapuskan. Jadi apa yang hendak di kaji? Berani atau tidak  Ketua Odit Negara KON menyelidik dokumen yang ada pada Sarawak report?

Orang mesti tahu, tektik memindahkan blame ini memang kerja Najib. Dia telah cuba mententeramkan mereka yang bertanyakan hal 1MDB dengan berkata, 1MDB telah pun di oditkan oleh firma perakaunan yang terbesar. Mereka ini professional. Mereka tak jumpa apa2 yang mencurigakan.

Bila orang tak percaya dan bila firma perakaunan pun surrender, Najib dan pengurusan 1MDB kata- bukan senang nak odit firma sebesar 1MDB? 

Habis, nak biarkan? Biarkan segala huruhara dan kerosakan berlaku? Biarkan mamat2 curi duit atas nama bangsaku Melayu?  Dan ini soalan cepumas- jika firma perkaunan yang terbesar didunia pun surrender- apalah sangat yang kita boleh harap dari pejabat Ketua Odit Negara?  Saya cakap ini tanpa rasa merendahkan kemampuan akauntan kita- sekadar guna lojik lautan biru pak Najib.

Pengesahan dari firma perakaunan pun belum tentu membersihkan kotoran yang berlaku. Apatah lagi jika firma perakaunan tersebut surrender. Mungkin tahap penipuan dan songlapan duit terlalu menyeramkan sehingga mereka pun surrender.

Firma2 perakaunan ini pun ada rekod busuk mereka. mereka bersubahat menipu. Sebagai contoh jangan kita lupa  Enron telah di odit oleh firma perakaunan Andersen. Dulunya, BBMB di odit oleh firma Touche Ross. Juruodit skendel Transmile ialah firma Delloitte.

Ingat tak firma Lehman Brothers? Dulu bukan main hebat. Ia jadi bengkarap tahun 2008. Bukankah ia pun diodit firma perkaunan terkenal  Ernst & Young? Dan yang lebih menggerunkan ialah Lehman Bros menjual asset bernilai US$50 dimana? 

Di  Cayman Islands lah dengan janji bahawa asseets dan junk bonds yang mereka jual asalnya akan dibeli kembali.

Agak nya inilah kelentong Najib kepada 154 ketua bahagian UMNO yang datang. Separuh tidak faham dan minat, separuh tdak setuju. Yang setuju , golongan dumb dan dumber itulah sahaja.

Kepada orang kampong bolehlah Najib kelentong. Dan ramai mereka ini dalam 154 ketua UMNO bahagian yang datang nak sahkan Najib ini boleh hidup ke lagi? Najib tahu , sebaik sahaja ketua2 bahagian ini menghidu kelemahan dan kematian politik, Najib pun mereka tinggalkan dia- bin Tun Razak atau tidak. Jenerasi yang kenal Tun Razak bukan nya ramai. Yang tua sekali mungkin Dr Mahathir dan umur dia sudah hampir 90.

Mahathir ini pulak, Tuhan beri dia kesihatan. Dah hampir 90 pun boleh tanam anak pokok. Dan dia pernah kata- dia akan be around for a long time- sebab baka dia hidup lama.Jadi kita dapatlah lihat Dr Mahathir membalun Najib.

Kebenaran nya, ialah firma perakaunan pun banyak kelemahan. Mereka pun bisines juga . mereka dibayar dan kalau dibayar ertinya ada harga dan boleh dipengaruhi supaya menulis sesuatu yang menguntungkan pihak yang mengupah. Ada firma pun bersubahat. Jika mereka tidak bersubahat, maka tidak ada lah skendel kewangan.

4 firma yang surrender dengan 1MDB mungkin merasakan, kelentong yang 1MDB buat teralu dasyat. Meraka tak sanggup bersubahat. Lagi pun mereka sudah mendapat pembayaran keatas apa yang merka siapkan. Tak perlu menipu untuk dapat wang lebih.

Sekarang apabila 4 firma perakauan standard dunia surrender- inilah sebab yang paling besar mengapa ketua odit negara mesti menyegerakan selidik. Ianya kesangsian yang utama menjemput pengoditan yang lebih rapi untuk ferret out tikus2 yang menebuk labu 1MDB.

Bayangkan, dalam masa 5 tahun, 1MDB telah diodit oleh 3 dari firma perkaunan terbesar didunia. Juruodit pertama 1MDB ialah Ernts & Young yang surrender tanpa mengesahkan satu pun penyata akaun 1MDB. Apapasal mereka takut? Firma besar pun takut angkara Najib, -tapi 154 ketua UMNO bahagian sanggup?

Tidak ada alasan lain kecuali mesti sokong sebab ini projek kerajaan Melayu. Mesti sokong sebab Melayu yang melakukan nya.  

Firma odit yang kedua ialah  KPMG – Tarik diri dalam tahun 2013 tanpa megesah apa2 penyata kewangan. Yang ini pun surrender.

Firma ke3- Deloitte mengemukakan nota2 yang panjang dan penilaian yang amat kritikal keatas penyata kewangan 1MDB. Mereka pun curiga dan mendapati banyak transaksi yang menjurus kepada salahlaku. Ini tektik biasa firma perakaunan untuk mengelak dari dipersalahkan. Kami ahi ekonomi menggelar nya tindakan CYA-cover your ass.

Apatak nya- 1MDB rupa nya meliwat kita semua. Mungkin Najib pun suka.Mana ada negara dalam dunia, yang masa depan nya bergantung atas punggung rakyat nya?

Kalau tak ada apa yang mahu disembunyikan mengapa penyata kewangan 1MDB teralu lewat difailkan? Bahkan ada anak syarkat 1MDB tak pernah memfailkan apa2 penyata kepada ROS.

Kalau tak ada benda hendak disembunyikan apa takut?

Dan tolong perhatikan ini- syarikat 100% milik 1MDB yakni SRC tidak memfailkan apa2 penyata sejak 2012.  Ini syarikat milik 100% MOF dan mempunyai pinnjaman RM4 billion – pinjam dari KUmpualn Wang Amanah Perkerja KWAP. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan Najib. 

Dan siapa juruoditnya untuk tahun kewangan 2012 ?

Deloitte International satu dari the big 4. 

Tapi 154 Ketua Bahagian UMNO berani sebab mereka ingat mereka berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.