`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 8, 2015

Wira Perkasa pertikai bina kuil di Putrajaya

Hindu-temple-in-Putrajaya
PETALING JAYA : Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda kepada PERKASA menentang keras langkah memberikan kebenaran membina kuil di Putrajaya.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, tindakan pihak tertentu mendirikan kuil di Presint 20 juga dianggap tidak wajar dan mahukan penjelasan berhubung cadangan tersebut.

“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.

“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ. Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today.

Tegasnya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal dalam membuat keputusan perancangan perbandaran.


Irwan mendakwa, kebanyakan kuil yang dibina di seluruh negara kini amat mudah untuk mendapat kelulusan dan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

“Ingat, Islam agama Persekutuan Malaysia. Jika kita buat permohonan untuk membina masjid ada sahaja alasan untuk meluluskannya. Tapi jika kuil, bina dahulu baru dapat kelulusan.

“Mana pergi integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan kakitangan kerajaan. Jangan kita jadi pengecut dan pak turut. Ikut sahaja apa yang diminta. Malulah kepada anak bangsa Melayu kerana kita mempunyai kuasa tapi kepimpinan yang layu dan lesu,” tegasnya.

Beliau berkata, walaupun ia sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu telah meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada penduduk di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.