`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 13, 2015

WANITA TAWAR SEKS KEPADA ANGGOTA POLIS DIPENJARA

Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga Uganda dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Erry Shariman Nor Aripin menjatuhi hukuman itu terhadap Jennifer Nankumba, 28, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang sarjan polis di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini pada 10.45 malam, 19 November lepas.



Ibu dua anak berusia empat dan satu tahun itu meraung selepas mahkamah menjatuhi hukuman terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 19 November.

Ketika rayuan, Nankumba memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung dua anaknya manakala suaminya tidak bekerja. Katanya sebelum ini, dia bekerja sebagai ejen perkapalan dengan gaji yang tidak menentu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal kerana tindakan tertuduh cenderung kepada keruntuhan akhlak dan mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan awam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.