`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 9, 2015

TERKINI- KUALA KRAI KEMBALI DINAIKI BANJIR



LAPORAN ARAS AIR
8 JANUARI 2015 JAM 8.00 MLM

A. Melepasi Aras Amaran

1. Sungai Kelantan di Kuala Krai 21.26m (aras bahaya 25.00m) - trend menaik

2. Sungai Kelantan di Kusial 12.05m (aras bahaya 16.00m) - trend menaik

3. Sungai Golok di Jenob 22.79m (aras bahaya 23.00m) - trend menaik

4. Sungai Golok di Rantau Panjang 7.90m (aras bahaya 9.00m) - trend menaik

Sumber Informasi Bencana ‪#‎SHInfo‬

KUALA KRAI - Hujan berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini kembali dinaiki air selepas banjir besar, minggu lalu, hampir pulih sepenuhnya.

Pekarangan beberapa kediaman di kawasan rendah termasuk di Kampung Bedal, dekat sini, yang hanya kelihatan bumbung ketika banjir besar, baru-baru ini, turut dinaiki air.

Ini kali ketiga rumah penduduk terbabit dinaiki air pada musim tengkujuh kali ini termasuk banjir besar ketika gelombang kedua yang memusnahkan ratusan rumah di daerah ini.

Kejadian air naik itu menyebabkan ada barangan penduduk yang sedang dikeringkan akibat banjir besar, baru-baru ini, seperti tilam sekali lagi ditenggelami air.

Hujan ada kalanya lebat itu juga menyebabkan laluan menghubungkan beberapa kampung dengan Jalan Kuala Krai-Machang melalui Bukit Sireh dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan sehingga jam 4 petang.

Antara halaman rumah dinaiki air pula termasuk kediaman bekas Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, Mohd Noor Salleh.

Ketika banjir besar melanda kampung itu, 24 Disember lalu, rumah Mohd Noor seperti rumah kebanyakan penduduk hanya kelihatan bumbung akibat ditenggelami air.

Keadaan sama berlaku di beberapa kawasan seperti Kampung Batu Jong yang menyaksikan laluan ke tanah perkuburan Islam kampung itu dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Menurut jangkaan penduduk, jika cuaca hujan berterusan, laluan masuk ke kampung itu akan terputus hubungan kerana jalan di Chekok Sudin akan dinaiki air. - sinarharian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.