`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 6, 2015

SYED ALI BENGANG TIADA ORANG MAHU PERTAHANKAN ROSMAH!!

rosmah?


Syed Ali pertahan Rosmah

Apa sahaja yang dilakukan Rosmah dianggap tidak betul terutamanya pembangkang yang dirasuk kebencian melampau




PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini menyelar pihak pembangkang yang sengaja menjadikan ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak melawat mangsa banjir sebagai isu politik.

“Kalau Rosmah ikut Najib lawat mangsa banjir, akan difitnah kononnya isteri Perdana Menteri cari publisiti, kalau tak turun pula dituduh beliau tidak cakna kepada rakyat,” katanya.

Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com beliau berkata, apa sahaja yang dilakukan oleh Rosmah akan dianggap sebagai tidak betul kerana pihak berkenaan terutama pembangkang sudah dirasuk sifat kebencian melampau.

“Sifat kebencian itulah juga yang menjadikan pembangkang hanya tahu mencari salah orang lain sedangkan mereka sendiri tidak ada alternatif menyelesaikan masalah rakyat,” jelasnya.

Syed Ali yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan kesal kerana Rosmah sentiasa menjadi sasaran pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga turut mempersoalkan punca Rosmah selalu menjadi mangsa kecaman dan fitnah ekoran tindakan beliau tidak berada bersama-sama Najib melawat mangsa banjir.

“Sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara, kita sepatutnya mempertahankan beliau, bukan berdiam diri membiarkannya menjadi mangsa fitnah pembangkang,” katanya
.

Tambah Syed Ali, ketiadaan Rosmah di Kelantan, Terengganu dan Pahang semasa Perdana Menteri melawat mangsa banjir hanya diperbesar oleh pihak pembangkang.

“Mereka eksploitasikan keadaan dan sekali gus menutup kepincangan pembangkang terutamanya Presiden PKR, Datin Seri Wan Aziziah Ismail yang juga tidak menjenguk muka melawat mangsa banjir.

Katanya, mereka yang berhati busuk ini hanya memutarbelitkan fakta bagi menjayakan agenda politik mereka.

Walaupun Rosmah tidak menjenguk mangsa banjir, namun beliau percaya isteri Perdana Menteri amat prihatin dan mengikuti perkembangan situasi banjir yang melanda itu.~FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.