`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 15, 2015

" SUKA SANGAT KOT SEKSI PASAL TU BUAT PERATURAN TAK MASUK AKAL "

Cukup bagus dah orang bukan Islam nak pakai pakaian budaya melayu iaitu baju kurung. Kenapa mesti nak bezakan melayu Islam dengan bangsa lain dari segi pakaian sekolah.

Lu orang ingat baju kurung boleh ukur keIslaman seseorang kah, oo asal pakai baju kurung ja mesti melayu, oo asal pakai baju kurung saja mesti Islam. Islamlah sangat kalau pakai baju kurung tapi perangai tak ikut Islam pun tak gunalah, sekadar nak pakai baju kurung ja pun sampai tak kena bagi masuk kelas bagai.

Dah kira bagus dah, takdelah nampak seksi. Suka sangat agaknya tengok betis-betis perempuan non muslim. Bangang punya peraturan.



Seorang bapa mendakwa anak perempuannya dihalang daripada memasuki kelas atas alasan melanggar etika pakaian di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras, dekat sini.

Lawrence Jayaraj mendakwa, anaknya yang baru bertukar daripada sekolah lain itu dihalang daripada memasuki kelas kerana memakai baju kurung.

Menurutnya, pihak sekolah terbabit menyatakan bahawa hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan.

“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya kepada The Rakyat Post.

Katanya, dia terpaksa kembali ke sekolah berkenaan untuk mengambil anaknya yang tidak dibenarkan memasuki kelas sejak Isnin lalu hingga hari ini.

Dia turut mendakwa gagal menyelesaikan masalah itu dengan Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan yang turut bertegas dengan etika pakaian itu.

Malah katanya, guru berkenaan juga meminta dia untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Jayaraj yang merupakan seorang perunding jualan berkata, pengetua sekolah terbabit bagaimanapun tiada di sekolah.

Katanya, walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan.

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan,” katanya.


Menurutnya, terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian. Rakyat Post

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.