`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 25, 2015

PENYAMPAI RADIO DAKWA ANAKNYA DI DERA DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK DI KELANA JAYA.



Seorang penyampai radio mendakwa anak lelakinya berusia setahun lapan bulan didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kelana Jaya tiga hari lalu. 

Menurut Nazira Noran, 35, yang bertugas dengan Bernama Radio24, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, menyedari kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan kanan dan kiri, belakang badan serta dahi anaknya ketika menjemputnya dari taska itu pada petang Khamis. 

“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama. 

“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,” katanya. 

Nazira berkata beliau kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat. 

“Saya membuat laporan polis pada pukul 12.30 pagi, 23 Januari di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya yang mana pegawai berkenaan memberitahu saya untuk membawa anak saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan laporan perubatan penuh kerana hanya laporan perubatan hospital kerajaan boleh digunakan dalam kes berkenaan,” ujarnya. 

“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,” katanya. 

Nazira berkata anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan. 

Kata Nazira, kesnya itu turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dia akan bertemu dengan pegawai Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.