`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 14, 2015

KERAJAAN BN ADA KUASA TURUNKAN HARGA BARANG JANGAN SALAHKAN PENIAGA CINA!!!


RAFIZI WAJAR FOKUS SEPERTI HARGA GULA, BERAS YANG MANA HARGA PASARAN DUNIA TELAH TURUN DENGAN BANYAKNYA DIMANA KESILAPAN-KESILAPAN DASAR KERAJAAN?

Harga barang: Jangan salahkan peniaga Cina

PKR menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab menuduh peniaga Cina sengaja tidak mahu menurunkan harga barang.



PETALING JAYA: Setiausaha, PKR Rafizi Ramli berkata kuasa penetapan harga barang sebenarnya terletak pada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mereka mempunyai pengaruh bagi menurunkan harga barang.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Persekutuan menyalahkan para peniaga kononnya mereka tidak mahu menurunkan harga barang merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Lebih teruk lagi, apabila menteri-menteri terbabit membiarkan sahaja aktivis UMNO menyebarkan dakyah kononnya barangan tidak diturunkan kerana ketamakan golongan peniaga Cina,” katanya kepada pemberita di pejabat PKR hari ini.

Sehubungan itu, PKR menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab UMNO serta menterinya, sedangkan mereka boleh menggunakan kuasa kerajaan BN untuk menurunkan harga barang.

Pada masa sama, Rafizi berkata, pihaknya akan memfokuskan kepada isu kenaikan harga barang termasuk mendedahkan perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikan harga barang.

“Saya sendiri akan menumpukan kepada isu-isu dasar dan kuasa yang ada pada kerajaan pusat, yang boleh digunakan untuk menurunkan harga barang,” jelas Rafizi.

Katanya, walaupun, harga petrol dan diesel mula jatuh, rakyat masih lagi menunggu masanya untuk harga barang dan perkhidmatan juga akan turun selari dengan kejatuhan harga minyak dunia.
 ~FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.